Saturday, April 17, 2010

Falsafah Menu Terhad : Atau Asam Pedas Melaka Di Commando Kiosk

Malam tadi, aku ke Taman Dagang. Buat apa? Aku ke sana sebab aku nak recon/recce satu kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad.

Sebenarnya ni kali ke dua aku ke kedai makan ini. Kali pertama, aku di bawa oleh seorang member yang bekerja sebagai seorang drebar. Mengapa aku sebut yang member aku ni drebar? Kalau ko nak tau, golongan ini selalunya amat mahir di dalam perihal lokasi kedai-kedai makan yang menyediakan masakan yang amat syok. Pada ketika itu, aku cuma sempat minum sahaja kerana aku baru je lepas makan. Lari timing a.k.a. takde rezeki. Aku cuma tengok/teman member aku makan saja. Frust gila aku masa tu.

Kenapa? Sebab member aku kata, kedai makan ini menyediakan asam pedas stail Melaka yang PALING syok pernah dia rasa.

Pada mulanya, aku agak was-was.

"Biar betul..."

"Betul geng. Asam pedas kat sini gila syok. Kadang-kadang, aku sanggup datang sini sorang-sorang."

Wuish! Serius ni. Member aku ni duduk di Cheras. Kalau dia sanggup nak ke Taman Dagang semata-mata nak makan...

Aku pun bertekad pada masa tu untuk pergi balik ke sana bila aku free. Akhirnya, peluang tersebut muncul malam tadi. Dengan menggunakan aplikasi GPS di fon canggih-manggih aku (aku sempat save lokasi kedai ni masa aku melepak dengan member aku tu), aku pun bertolak ke sana untuk dinner.

Bila aku sampai, aku terus order set asam pedas pari, bersama telur dadar extra. Di dalam set itu ada kacang panjang goreng, telur masin (setengah biji) dan juga ulam + sambal belacan + papadom.


Fuuuuuuuhhhhhh...

MEMANG SYOK!

Seirus, aku tak tipu, aku tak main-main!


Punya lah syok, aku terlupa nak amik gambar makanan yang aku order. Punya lah syok, aku langsung tak peduli yang di meja sebelah aku ada sekumpulan 3 orang awek cun yang aku ada perasan sedang menjeling-jeling manja kat aku sebelum order aku sampai. Punya lah syok, selepas nasi aku habis, selepas ikan tinggal tulang, selepas telur dadar habis licin diratah, aku terus menghirup kuah asam pedas yang masih tinggal di dalam kuali mini yang di gunakan untuk menghidangnya. Punya lah syok, aku siap order satu lagi portion (kali ni, asam pedas daging tetel) untuk aku tapau bawak balik ke rumah.


Apakah dia nama kedai yang hebat ini?

Commando Kiosk.

Di mana lokasi kedai hebat ini?

Di Taman Dagang, betul-betul di sebelah Surau Dagang Avenue, Taman Dagang Fasa 4. Landmark paling besar yang berdekatan ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Banyak parking di kawasan sekeliling. Trafik di jalan pun tidak begitu sibuk. Very family-friendly.

Mengapa ko patut try?

Sebab kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad selalunya akan menghasilkan masakan yang SYOK! Di dalam kes ini, Commando Kiosk hanya menyediakan Asam Pedas Stail Melaka SAHAJA. Kalau ko nak makan kari kambing, masak lemak cili api, satay ayam, ko boleh pegi kedai lain. Kat sini takde.


Next time, aku janji aku akan amik gambar makanan aku. Sori ye...

6 comments:

ns said...

salam ziarah.

Nak try jugalah nanti.

Tang drebar2 terrer cari kedai makan best mmg betul.Same la mcm drebar2 kat ofis sy.

Johnny B. Rempit said...

Thanks kerana sudi singgah...

Pergi, jangan tak pergi. Lupa lak nak mention, kedai tu tutup hari Ahad. Tapi hari lain bukak sampai malam. Aku dengar lunchtime crowd agak packed. Happening gak kedai ni.

GombakRock said...

gua dah try petang tadi johnny... terbaik dan gua sangat berpuas hati!! sedap dan sangat berpatutan!! gua order set deging tetel...bila order gua sampai gua jadi terkejut...dia punya portion gua ingat bleh utk dua orang tu!!
terima kasih ar johnny!

Johnny B. Rempit said...

Ahhhh...

Another satisfied customer.

Kedai tu kalau pergi malam sikit memang best kalau ajak kawan-kawan makan ramai-ramai. Tak havoc macam kedai mamak. Sesuai kalau nak lepak lama-lama. Tapi jangan lewat sangat. Pada aku, 9pm - 10pm amat ideal.

Abang yang jaga kedai tu pun very friendly. Servis memang class!

aidura sofiee said...

johnny,

aku gelak guling-guling baca story hang ni. dasat giler pukulannya. kaw,kaw. :D

Johnny B. Rempit said...

Jangan gelak guling-guling atas lantai.

Kotor!

Gelak guling-guling atas lantai berkarpet.


Rolling On The Floor Laughing - ROTFL

Gelak Guling-Guling Atas Lantai berKarpet - G3ALK