Wednesday, April 7, 2010

MukaBuku : Or The Devastating Downfall of Johnny B. Rempit

Aku hampir dapat melepaskan diri aku dari ketagihan kronik aku. Emfasis pada perkataan hampir. Aku dah habiskan masa yang banyak di sofa terapi. Dah bermacam-macam cara dan teknik yang aku dah cuba untuk melepaskan diri aku dari cengkaman kasar obsesi aku padanya.

Buat seketika, aku hampir berjaya. Emfasis pada perkataan hampir, sekali lagi. Aku hampir bahagia. Hampir tiada stress. Hampir tiada kerisauan. Hampir senyap suara-suara jengkel dalam kepala aku yang memeningkan.

Tapi, apa boleh buat. Aku cuma manusia. Lemah. Kecil. Tak berdaya.

Buat kali pertama dalam hidup aku, aku betul-betul faham apa yang Michael Corleone pernah berkata satu ketika dulu di filim 'Godfather 3'.





Mula-mula, aku dapat bertahan. Lama juga aku dapat mengawal obsesi aku ini. Tapi, sekali-sekala, apabila bulan biru mengembang di langit, aku akan jatuh dari kuda aku yang tinggi dan rebah ke tanah kembali.


Post ini wujud sebelum aku sedar yang dia dah wujud. (Huh?)


Aku menyelinap masuk, kali ini dengan nom de guerre yang baru, yang konon nya akan melindungi aku dari obsesi aku. Aku cuba untuk menipu diri sendiri. Sekejap sahaja, konon nya. Aku nak lihat apa yang aku dah terlepas, konon nya.

Akhirnya aku jatuh. Aku telah jatuh dan aku telah jatuh dengan dahsyat, melanggar dasar lautan obsesi aku hingga menyebabkan tsunami dan gempa yang langsung melenyapkan segala usaha dan kemahuan aku untuk melawan. Aku membiarkan saja semua nya berlaku.

Aku dah tak peduli. Apa nak jadi, akan dan sudah pun terjadi.

Aku kembali terikat. Di belenggu obsesi lama aku yang telah hampir aku bunuh. Emfasis pada perkataan hampir, sekali lagi. Hampir. Hampir. Hampir.

Hampir ke seberang tapi jatuh juga ke dalam longkang.

Hampir ke destinasi tapi kereta aku kehabisan petrol dan terpaksa berhenti di tepi jalan.

Hampir ke graduasi tapi di tendang keluar sebab CGPA tak melebihi 2.0 ke atas.

Hampir.

Itulah dia cerita hidup aku.

Aku telah kembali aktif dan cergas. Obsesi aku mencengkam kembali.











Johnny is BACK on line, baby! Woooooohooooo!












Mengapa?

Simple...

She has a name.


Woooooo...









Hehehe...

No comments: