Friday, April 30, 2010

Commando Kiosk : A Continuation

Hari tu, aku ada rekomen satu kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad di Taman Dagang. Malam semalam, aku pergi sekali lagi. Seperti biasa, misi aku solo sebab crew-crew aku yang lain tak dapat/tak mahu dihubungi. Hampeh!

Anyway, aku tulis dulu yang aku terlupa amik gambar makanan hebat di Commando Kiosk. Kali ni, sebelum aku makan, aku sempat amik beberapa foto yang mungkin akan melemahkan semangat mereka-mereka yang 'berdiet kunon'!

Mula-mula, yang ni sampai...




Lepas tu yang ni pulak sampai. Seperti komen brader GombakRock, saiz serving ini sesuai untuk 2 orang normal atau 1 orang yang amat lapar, seperti aku.



Akhirnya, ni last sekali...



Yummy...

P/S - Oh ya, sebelum aku terlupa, brader yang jaga kedai ni kata 'last call at the kitchen' ialah 10pm. Kedai mula di buka untuk lunch, setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum KL. Enjoys...

Perkara-Perkara Yang Meng-Glee-Kan Hati

Kepada peminat-peminat siri popular 'Glee' (yang 'open' dan yang 'closet'), kalau ko ada masa, join la aktiviti 'underground' paling latest ini. Kalau tak dapat pergi pun, kurang-kurangnye ko dapat belajar dance move dia. Hehehe...


Glee, Glee, Glee, Glee, Glee...
Peminat-peminat Glee yang 'open'



Peminat Glee 'closet' yang looooooseeeeerrrrr...
Aku 'heart' Sue!


Tapi, masa nak buat hand signal Glee tu buat betul-betul ya. Jangan lak ko buat yang macam ni pulak. Bahaya...


#jangantembak aku! Aku belum kawen lagi!

Wednesday, April 28, 2010

Geng! Sabtu Ni Ada Gig!

Sabtu ni, edisi ke 11 Pekan Frinjan akan di adakan di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam. Jom pegi! Start dari 5pm until late. Hehehe...

Seperti yang aku telah tulis dulu, setiap bulan, Pekan Frinjan akan muncul dengan berbagaimacam aktiviti yang menyeronokgembirakan. Tema Pekan Frinjan kali ini ialah 'Kolar Biru', sempena Hari Buruh. Jadi, sebagai memenuhi tema Pekan Frinjan kali ini, aku nak datang pakai uniform 7Eleven lama aku. Name tag pada baju aku akan tulis 'Johnny'. Kalau terjumpa, tegur la okay.

:p


Happy Labour Day!

Friday, April 23, 2010

Entahlah... Kat Kino Ada Kot...

Beberapa bulan lepas, aku dan brader GombakRock, seorang peminat setia blog ini, pernah menulis mengenai buku 'subversif' "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" yang di 'tahan' tapi tak di 'ban'.

Pada masa tu, aku ada meminta tolong seorang member aku yang belajar di luar negara untuk membawa masuk buku tersebut ke sini. Bagaimana brader GombakRock dapat membawa masuk copy dia, tu ko kena tanya dia lah. Lagipun, tu memang line dia. Dia jual buku non-mainstream.

Anyway, semalam, satu berita yang agak 'gempar' telah di uar-uar(?) kan. Buku tu dah di 'approve' oleh pihak berkuasa untuk di jual di 1Malaysia. Jadi, seolah-olah usaha kami berdua untuk membawa masuk buku tu ke sini nampak macam sia-sia saja.

Tapi aku rasa tak. Aku anggap yang usaha aku untuk membawa masuk buku tu pada ketika itu amat berbaloi. Aku anggap yang aku, brader GombakRock dan berpuluh-puluh orang lain yang telah sanggup 'berjalan di hujung tebing' semata-mata untuk mambawa masuk dan membaca buku tersebut pada ketika keadaan yang tidak menentu itu, terdiri dari golongan elit marhaen, kumpulan 'vanguard' yang 'avant garde'. Golongan cool.

Secara kolektif, kami semua telah menunjukkan 'jari tengah' kami kepada satu polisi kuno yang arkaik dan bebal. Polisi yang menganggap pengharaman buku adalah satu polisi yang 'baik' dan 'perlu', demi 'menjaga' keselamatan awam.

Kepada semua yang telah membeli, menyeludup masuk, membantu menyebarkan secara 'underground', menyalin semula, dan paling penting sekali, membaca buku tersebut semasa era 'pre-approval', aku salut kamu semua! Tahniah! Keberanian, kebijaksanaan dan kesungguhan kalian patut menjadi contoh dan teladan. Kamu semua telah berani menunjukkan yang 'book banning', di dalam apa jenis bentuk sekali pun, tidak lagi relevan di dalam era kini.

Ya Hya Chouhada!

Filim Yang Aku GERENTI Tak Akan Di Tayangkan Di Sini

The Taqwacores
(2010)


The Taqwacores ialah sebuah filim yang di adaptasi dari novel sulung Michael Muhammad Knight (dengan judul yang sama), yang aku teramat YAKIN tak akan di bawa masuk ke sini.

Kenapa?

Aku rasa, aku cuma perlu describe sahaja karakter-karakter utama dan ko sure faham kenapa filim ini TAK akan di tayang kan di mana-mana pawagan 'near you'.


Dari kiri :

a) Fasiq Abasa (Ian Tran), seorang skater Sunni dari Indonesia
b) Umar (Nav Mann), seorang straightedger Sunni, bangga yang dia ada tattoo bertulis "2:219" di lehernya
c) Amazing Ayyub (Volkar Eryaman), seorang skinhead Shi'ah, yang juga bangga dengan tattoo di dadanya yang bertulis 'Karbala'
d) Yusef Ali (Bobby Naderi), seorang pelajar kolej yang... normal
e) Jehangir Tabari (Dominic Rains), pengikut tegar movemen '77 (imej klasik 'punk', rambut 'Mohawk', seluar plaid ketat, spikes etc) dan Sufism, berasal dari Khalifornia (Khalifah + California)
f) Rabeya (Noureen Dewulf), seorang 'riot grrrl', terkenal kerana burqa nya yang ditampal patch band-band punk terkenal, juga seorang 'feminist'
g) Muzzamil (Tony Yalda), pengikut movemen 80an yang gay.


Mau detail lebih?

Cari sendiri.

Hehehehe...

Thursday, April 22, 2010

Selamat Hari Bumi!

Sebagai tanda sokongan aku untuk sambutan 'Hari Bumi' edisi 2010, aku akan


a) memeluk sekurang-kurangnya 5 batang pokok (Aku heart Pokoks!)

b) hanya membeli nasi lemak yang di bungkus dengan kombinasi daun pisang + surat khabar kerana ianya biodegradable

c) tidak me'revving' enjin motor/pick-up aku secara berlebihan

d) mengurangkan masa online aku dari (purata/hari) 5 jam ke 4 jam 45 minit

d) mengurangkan penggunaan elektrik dengan menutup TV semasa siaran Berita Nasional


Happy Earth Day!
*logo Google sempena Earth Day 2010

Wednesday, April 21, 2010

Aku, Sebuah(?) Gelang Magnetik dan Sebotol Jus Manggis Non-Alkoholik Yang Mahal

AMARAN!

Jauhkan gelas, cawan, mangkuk atau apa-apa jenis reseptikel
yang mengandungi apa-apa jenis cecair dari papan kekunci,
monitor, kotak CPU dan autlet elektrikal sebelum anda membaca post ini.




Sekiranya ko ada akaun Facebook, sila log-in.

Dah?

Ok. Sekarang, ko klik link ni http://bit.ly/dalrCv

(Kalau takde akaun FB pun takpe, cuma impaknya agak kureng sedikit)




Aku dedicate post ini untuk semua abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik emelems yang tak jemu-jemu mengesemes, calling-calling dan mengemel-emel aku.

Teori 'Pick-Up' Halimunan : Atau Berita Semi-Gembira Untuk Pemilik/Pemandu Kenderaan Separa Komersil

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku telah di benarkan untuk membawa pulang lori pick-up ofis. Pada mulanya, sekali seminggu. Kemudian, setelah tahap kepercayaan boss aku (yang amat baik, sempoi dan cool!) semakin meningkat, semakin kerap aku di benarkan untuk membawa balik lori ofis ni.

Aku rasa, aku di beri kepercayaan ini sebab aku ni seorang pekerja/employee contoh. Aku datang awal, aku balik lambat, aku suka volunteer buat kerja-kerja yang bukan di dalam job scope aku, aku jarang claim OT, aku tak guna komputer/bandwidth ofis untuk surfing, aku suka belanja kakak-kakak admin makan, aku sentiasa berkelakuan positif supaya produktiviti dan morale company staff dapat ditingkatkan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti hidung coklat yang lain.


;p



Sebenarnya, area ofis aku ni agak panas. Boss aku risau nak tinggalkan lori company kat tepi jalan semalaman. Kot-kot ada malaon yang minat kat radio, tool box, rim, tayar dll, etc, et al. So, last-last, nak taknak, setiap hari pukul 5pm, kunci lori pick-up ofis ada di tangan aku.


"Johnny. From now on, awak bawak balik rumah pick-up ofis."

"Ok, boss."

"Minyak awak boleh claim dengan Puan H every Monday, and don't forget..."

"Simpan resit bila beli minyak."

"Right."


Kadang-kadang, aku heart my stupid job! Hehehehe...


Anyway, setelah beberapa bulan aku di beri privilege ini, aku telah perasan satu perkara (penting?) yang aku anggap aneh/pelik.

Kalau aku terpaksa melalui road block polis semasa aku memandu lori 'aku', mereka seolah-olah tidak ambil pot. Seolah-olah aku ni halimunan/invisible. Mereka akan hanya menyuluh lampu mereka ke sticker roadtax saja. Bila mereka nampak yang roadtax masih hidup, mereka terus suruh aku jalan. Mereka tak pernah nak suluh-suluh ke bahagian interior, tak pernah nak tanya aku nak ke mana, tak pernah sibuk nak tengok lesen/IC aku. Tapi masa aku bawak motor aku, selalunya aku akan di suruh ke tepi, di suruh matikan enjin, di minta lesen, IC dan roadtax. Kalau dressing/nasib tak baik, akan berjela-jela aku di soal, habis di periksa bagai. Lori pick-up ni halimunan/invisible ke?

Heran aku. Dan ini bukan berlaku sekali dua je. Dah berkali-kali. Jumpa road block, slow down, suluh/tengok roadtax, jalan. Sekali pun tak pernah lebih dari tu. Tak pernah.

So, sejak aku dah tengok sendiri perangai/attitude polis terhadap pemandu lori pick-up, aku telah mengambil kesimpulan/keputusan yang sebaik saja aku mampu, aku tak akan beli kereta. Aku nak pakai lori pick-up. Rugged, tahan lasak, ekonomikal (diesel murah), boleh tempuh banjir kilat dengan konfiden, ruang kargo yang teramatlah luas, tinggi dan sekiranya perlu, semasa jalan jam, senang membuli kancil-kancil dan kenari-kenari. Hehehehe...

Tuesday, April 20, 2010

Ermmm... Takde Orang Check Ke Nama Dia?

Sebuah kereta perisai yang agak menggerunkan


Sekali-sekala, aku akan terjumpa benda-benda yang fantastikal di dunia maya internet yang sungguh menakjubkan. Perkara-perkara yang seolah-olah di reka untuk dunia fiksyen tetapi sebenarnya adalah berita dari alam realiti yang nyata.

Kali ini, berita dari blog alam pemotoran yang popular 'Paultan.org' tentang sebuah kereta perisai yang akan di usahakan pembuatan nya oleh sebuah konglomerat Malaysia telah menarik perhatian aku.

Kenapa?

Kerana nama yang di beri untuk model kereta perisai ini, ermmm... 'luarbiasa'.

Apa nama yang di berikan untuk kereta perisai ini?



Rosomak 8X8 Armoured Modular Vehicle.



Rosomak?

Macam pernah dengar je...

Kat mana ek?





Cerita penuh mengenai spesifikasi, kapabiliti, komen-komen dll, etc, et al semuanya ada di sini.

Saturday, April 17, 2010

Falsafah Menu Terhad : Atau Asam Pedas Melaka Di Commando Kiosk

Malam tadi, aku ke Taman Dagang. Buat apa? Aku ke sana sebab aku nak recon/recce satu kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad.

Sebenarnya ni kali ke dua aku ke kedai makan ini. Kali pertama, aku di bawa oleh seorang member yang bekerja sebagai seorang drebar. Mengapa aku sebut yang member aku ni drebar? Kalau ko nak tau, golongan ini selalunya amat mahir di dalam perihal lokasi kedai-kedai makan yang menyediakan masakan yang amat syok. Pada ketika itu, aku cuma sempat minum sahaja kerana aku baru je lepas makan. Lari timing a.k.a. takde rezeki. Aku cuma tengok/teman member aku makan saja. Frust gila aku masa tu.

Kenapa? Sebab member aku kata, kedai makan ini menyediakan asam pedas stail Melaka yang PALING syok pernah dia rasa.

Pada mulanya, aku agak was-was.

"Biar betul..."

"Betul geng. Asam pedas kat sini gila syok. Kadang-kadang, aku sanggup datang sini sorang-sorang."

Wuish! Serius ni. Member aku ni duduk di Cheras. Kalau dia sanggup nak ke Taman Dagang semata-mata nak makan...

Aku pun bertekad pada masa tu untuk pergi balik ke sana bila aku free. Akhirnya, peluang tersebut muncul malam tadi. Dengan menggunakan aplikasi GPS di fon canggih-manggih aku (aku sempat save lokasi kedai ni masa aku melepak dengan member aku tu), aku pun bertolak ke sana untuk dinner.

Bila aku sampai, aku terus order set asam pedas pari, bersama telur dadar extra. Di dalam set itu ada kacang panjang goreng, telur masin (setengah biji) dan juga ulam + sambal belacan + papadom.


Fuuuuuuuhhhhhh...

MEMANG SYOK!

Seirus, aku tak tipu, aku tak main-main!


Punya lah syok, aku terlupa nak amik gambar makanan yang aku order. Punya lah syok, aku langsung tak peduli yang di meja sebelah aku ada sekumpulan 3 orang awek cun yang aku ada perasan sedang menjeling-jeling manja kat aku sebelum order aku sampai. Punya lah syok, selepas nasi aku habis, selepas ikan tinggal tulang, selepas telur dadar habis licin diratah, aku terus menghirup kuah asam pedas yang masih tinggal di dalam kuali mini yang di gunakan untuk menghidangnya. Punya lah syok, aku siap order satu lagi portion (kali ni, asam pedas daging tetel) untuk aku tapau bawak balik ke rumah.


Apakah dia nama kedai yang hebat ini?

Commando Kiosk.

Di mana lokasi kedai hebat ini?

Di Taman Dagang, betul-betul di sebelah Surau Dagang Avenue, Taman Dagang Fasa 4. Landmark paling besar yang berdekatan ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Banyak parking di kawasan sekeliling. Trafik di jalan pun tidak begitu sibuk. Very family-friendly.

Mengapa ko patut try?

Sebab kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad selalunya akan menghasilkan masakan yang SYOK! Di dalam kes ini, Commando Kiosk hanya menyediakan Asam Pedas Stail Melaka SAHAJA. Kalau ko nak makan kari kambing, masak lemak cili api, satay ayam, ko boleh pegi kedai lain. Kat sini takde.


Next time, aku janji aku akan amik gambar makanan aku. Sori ye...

Satu Post Pendek Yang Semua Orang Patut Baca

Sila baca post ini.

Dah baca dah?

Ok...

Sekarang, pergi link/paut post tersebut di blog-blog korang. Bagi yang bukan pemblog, bookmark post tersebut dan tunjuk famili, kawan, girlfriend, boyfriend, boss dan orang-orang yang penting di dalam hidup kamu.

Dah buat dah?

Bagus.

Friday, April 16, 2010

Apawhat? : Atau Satu Komentar Semi-Penting Mengenai Trend Pemalgerisan Bahasa Melayu

Sejak kebelakangan ini, aku telah mengobserbi satu fenomena urben yang menarik dan eksaiting. Fenomena 'Malgeris', iaitu usej sentens-sentens Inglish yang dialiheja secara direk ke Bahasa Melayu ini telah mula menggamit minda dan imaginasi yuth Malaysia, terutama sekali deyoll yang berasal dari grup midel kelas yang urben.

Aktuali, aku tidak hairan yang grup ini merupakan fan dan juga vengard fenomena ini. Bekgraun edukasyen deyoll yang tinggi, dikapel dengan usej Inglish yang meluasbesar sesama deyoll adalah, pada opinien aku, faktor importen yang mengkausakan fenomena ini begitu popular di kalangan deyoll.

Satu lagi faktor yang mungkin mengkausakan penyebarluasan secara eksplosif dan eksponencel fenomena 'Malgeris' ini adalah influens kalcer pop, terutama sekali kalcer pop andergraun. Ada yang mengatakan yang senario kalcer pop andergraun kini sedang melalui phasa peralihan, di mana para eksponen sekolahtua kini sedang (terpaksa?) memberi ruang kepada grup baru yang penuh dengan idealisme dan cara pemikiran yang baru. Grup sekolahbaru ini dikatakan lebih berani dan terbukaminda sifatnya. (Ini hanyalah spekulasi aku tetapi dari eksperiens obserbasi aku sendiri, ada posibiliti yang teori ini mungkin ada meritnya.)

Mungkin dari situlah, sikap ireveren grup sekolahmuda mengenai regulasi rijidtegar di dalam usej Bahasa Melayu Tradisional muncul. Deyoll mungkin merasakan yang regulasi rijidtegar yang digunapakai oleh pengamal Bahasa Melayu Tradisional seolah-olah mengekang kebebasan mereka untuk bersuara dengan lebih ekspresif dan kreatif. Deyoll mungkin merasakan yang kreativiti deyoll memerlukan autlet dan chanel yang deyoll rasakan tidak dapat difulfili dengan munggunakan Bahasa Melayu Tradisional.

Wateverapapun, fenomena ini dilihat semakin berkembangbiak. Di antara proponen-proponen aktif fenomena ini adalah grup pembloger amatur di dunia mayainternet. Tanpa deyoll, fenomena 'Malgeris' tidak posibel dapat berkembangbiak sehingga ke tahaplevel kini. Deyoll lah yang pertamamula mempelopori trend ejaan 'fonetifikasi'.

Apawhat dia 'fonetifikasi' ini? Pada dasarbasiknya, fonetifikasi ialah pemodifikasian ejaan BMT tetapi pada masa yang sama, masih mengamalkan sistem dan regulasi rijidtegar BMT. Contoh nya:-


Saya suka awak. Awak cantik. - BMT

Sayer suker awak. Awak chantek. - BMT yang telah di fonetifikasikan.


Ingin juga aku tokoktambah di sini yang terdapat juga variasi atau subgrup fonetifikasi di mana huruf kapital dan kecil dicampuraduk. Contoh nya:-


Saya suka awak. Awak cantik. - BMT

SaYer suKEr aWAk. AwAk ChanTEk. - BMT yang telah di fonetifikasi variasi campuraduk


Sudah jelas di sini yang bibit-bibit awal fenomena 'Malgeris' sudah muncul. 'Malgeris' kini bererevolusi ke tahaplevel yang seterusnya dengan introduksi sentens-sentens Inglish yang lazimbiasa. Sentens-sentens seperti kewl (cool), uolls (y'all), deyolls (they'all), loikes (likes), U (you), da(the), frinj (fringe), mula muncul.

Indemintaim, trend ini dikembangbiak lagi dengan meningkatnya populariti sistem pesanan ringkas atau SMS pada telefon mudahalih. Di media inilah, trend fonetifikasi BMT berevolusi ke tahap yang lebih kreatif. Ini adalah kerana limitasi pada sistem SMS itu sendiri yang mempunyai had maksima usej karakter yang pada lazimbiasanya hanya 120 karakter. Oleh itu, untuk penjimatkan koskredit, user-user sistem SMS ini perlu ekonomikal dengan usej sentens deyoll. Sentens-sentens penuh yang menggunakan regulasi rijidtegar BMT tidak lagi digunapakai. Ianya (di dalam kes ini) ditukarganti dengan variasi fonetifikasi khas untuk penggunaan SMS. Contohnya:-


Tak - X
Kenapa - Y
Aku sayang kau - ILY
Aku ada hal dan aku mahu hentikan sesi sms kita - GTG


Oleh kerana usej telefon mudahalih ini begitu pervasif, adalah inevetabel yang terma-terma pendek ini digunapakai di dalam deili raiting dan spiking harian grup ini.

Di dalam perkembangbiakkan 'Malgeris', rol yang dimainkan oleh movemen semi-penting sastera strit juga tidak boleh diignor. Obviusli, movemen ini lahir dari saberb-saberb midel kelas. Saberb-saberb seperti PJ, TTDI (asal dan bukan yang jaya), Subang (jaya dan bukan yang ulu) dan untuk sedikit stritkred, Gombak, Hulu Kellang (wazzap, wazzap!) dan Ampang (bahagian yang kurang dodji). Terdiri daripada crew-crew kecil yang mempablish zine-zine DIY, raiter-raiter sajakemo yang solo, aweks pemblog yang suka merantrave, abangs pemblog yang suka mengkomplenhentam dan bermacamragam lagi karakter-karakter (real dan maya); grup ini telah memainkan rol yang besarluas di dalam mengekspen dan mempopularisasikan 'Malgeris' di kalangan khalayakramai.

Sebagai seorang obserber, aku dapat melihatcerap yang fenomena 'Malgeris' ini notonli akan berkembangluas, malah aku rasa yang ianya akan menjadi sebahagian dari BMT, satu hari nanti. Disisbekos bahasa, walau apa sekali jenis pun, adalah satu entiti yang abstrak yang tidak tegarjitu. Ianya senantiasa berevolusi dan di di dalam proses evolusi ini, adalah inevitabel yang regulasi dan cara usejnya akan berubah mengikut pasej masa. Satu ketika dulu, 'chawan', 'chantek', 'Inche', 'bolih' merupakan ejaan normal yang digunapakai oleh khalayakramai. Kini, ianya sudah tidak dieja begitu tetapi adakah natur dan sifat BMT itu sudah berubah? Aku rasa tidak. Aku beropinien yang bahasa yang terlalu rijidtegar, yang stif cara usejnya akan hanya tinggal di dalam buku-buku yang tak dibaca. Yang akan menentukan sama ada sesuatu bahasa, slanga, terma, sentens akan digunapakai secara melebarluas adalah kita, para user bahasa tersebut.

Inmaiopinien, fenomena pemalgerisan ini akan berterusan. Pada awalnya mungkin ianya hanya digunapakai oleh segelintir kecil sosayeti yang frinj, tetapi kini, dengan pervasifnya availabiliti koneksi internet, sistem komunikasi mudahalih yang murahmudah dan konsep keterbukaanminda yang semakin melebarluas, pengevolusian BMT ke arah pemalgerisan adalah inevitabel.

Macam Novel Kerouac, Tak Pun Macam Diari Che

Aku baru terjumpa blog ini malam tadi. Brader ni nak pegi ke United Kingdom naik motor.

Ya...

Naik motor.

Perrggghhhhh...



Detail lanjut ada di blog beliau yang aku dah sediakan link di sidebar.


Peeerrrrgggghhhh...

Thursday, April 15, 2010

Aku, Sebuah Kolam Yang Dalam Dan Mengapa Aku Mungkin Terjun Ke Dalam Kolam Itu Pada Hari Ahad Yang Akan Datang

Decisions, decisions...

Ahad ni adalah satu-satunya hari aku free untuk minggu ni. Betul-betul free. Aku tak ada plan, tak ada kerja, tak ada nyamuk-nyamuk tanggungjawab yang perlu aku halau dengan setin aerosol berisi racun serangga. (Huh? Nevermind...)

Kemudian, petang tadi, seorang member aku yang agak connected dengan dunia musik bawah tanah telah mengesemes aku.


[Ahad ni ada gig. Spesel]

[Siapa main?]

[Deepset]

[Aduuuiii...]

[Bukak email ko. Aku dah hantar detail.]

[Aduuuuiiii...]


Ya... Aduiiii...

Bila aku bukak email, rupanya ianya satu link. Ada event yang agak artistic-ish, yang selalunya/dulunya aku akan abaikan. Tapi semenjak 'Kata Luhur', mata aku dah mula terbukak.

Nak pergi taknak?


I think its... pretty...

Tuesday, April 13, 2010

Oh Pocot Mak Kau #6 : Atau Benda-Benda Pelik Yang Aku Jumpa Setelah Aku Meng'Google' Diri Aku Sendiri

Malam tadi, ketika aku sibuk kebosanan dan tak tahu apa nak buat, aku telah meng'Google' diri aku sendiri.

Ya, aku tau.

Patetik...


Anyway, setelah tetikus di klik, muncul lah segala macam hasil carian Google di skrin laptop aku. Di antara hasil carian yang awal, dah tentu blog ini. Itu aku pasti. Kemudian, di muka ke dua, aku terjumpa satu applikasi yang menarik. Nama applikasi tu WebMii, dengan taglinenya (yang hip dan happening), 'All the web about me'.

Tanpa segan silu, aku tulis nom de guerre aku yang 'teramat' popular.

"Ranking aku SURE tinggi punya lah!"

Tetikus aku pun di klik...


Can you say, "Maaaaaakkkk aaaaaaaiiiiii!!! Rondah nyo skor ekau!"


Berdentum jatuh ego aku ke lantai, sambil bergolek-golek ke arah wastepaper bin.

Biasa la tu. Cerita hidup aku.


Ohh... Satu lagi.

Seolah-olah tak cukup hati/ego aku terseksa/diseksa akibat ranking aku yang rendah, entah macam mana, muncul lak gambar sorang mamat dari 'kanchong darat, de gempax' di 'BURNTHINK, SEL' di bawah heading 'Friendster Profile'.

Itu BUKAN aku, okay! I'm SERIOUS!


Dah puas ketawa? Boleh aku sambung?


First of all, Friendster tu gila 90an! Tak ada orang pakai dah. Akaun-akaun Friendster penduduk Malaysia semuanya dah tak aktif. Dah lapse.

Kedua, aku tak pernah tergolong di dalam kumpulan manusia yang suker tUlis perkAtaAN-PerKatAan Bee eMM macHam nie, occaYYyy. Kewl kuNon! Uweeeeks... :p Kalaw yu'olls taK peWcayer, yu'olls boLeh bLahhs!


Setelah aku kutip balik ego aku dari tepi wastepaper bin, aku kembali tengok balik hasil carian WebMii aku. The Rempit Chronicles, Goodreads review, Facebook profile, MukaBuku...

Harakah Daily? Bila masa pulak aku tulis benda untuk Harakah Daily?

Aku pun klik link tu...


Eh... Ada sesuatu yang familiar la di perenggan 6.


Maaaak oooooiiii! NAMA aku tu!
Woooooohoooooo!


Nom de guerre aku dapat masuk paper!

Ohhhh... Ko tak tau betapa SERONOK nya aku masa aku jumpa ni. Hahahahaha... Wooooooohooooooo!

Lepas aku baca ni, baru aku teringat balik yang di satu pagi di bulan Februari yang lepas, aku ada menyelinap masuk ke FaceBook semasa aku di ofis. Boss aku belum masuk lagi pada ketika itu. Peluang berFaceBook di ofis yang boss-free jarang sekali dapat aku rasa.

Nak di jadikan cerita, masa tu aku cuma berniat nak join fanclub Zunar. Itu je. So, aku pun taip la 'Zunar' di kotak search. Antara search result yang muncul ialah fan club Zunar DAN juga 'Kami Anti Kartunis Zunar', yang mungkin pada ketika itu sedang nak di set-up. Ini spekulasi aku, sebab pada ketika itu, aku hanya nampak yang grup anti-Zunar tu cuma ada 6 orang ahli saja.

Jadi, akulah manusia paling awal yang ter'discover' kewujudan grup yang di ceritakan di dalam artikel di atas tu. Ini peluang best! Boleh jadi hero ni. Hehehe... Aku terus join fanclub Zunar dan aku terus tulis di wall mereka yang aku ada jumpa grup anti-Zunar ni.


I am DA bomb!


Beberapa minit kemudian, entri ini pula muncul di wall fanclub Zunar...


Awwww, shucks... It was nothin', really...


Kebosanan aku hilang. Perasaan frust aku lenyap. Aku dapat tidur nyenyak malam tadi.


Hehehehe...

Monday, April 12, 2010

Oh Pocot Mak Kau #5 : Atau Scene Yang Pernah Berlaku, Satu Ketika Dulu

Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga aku ucapkan kepada @NipofRayat kerana telah menghailait blog ini kepada semua. Tak rugi aku follow kau, bro!

Mula-mula, aku baca post ini. (R-E-S-P-E-C-T!)

Kemudian aku baca post yang ini lak. (Aku heart Langit dan Bumi!)

Lepas tu aku baca yang ni. (Aku ada lagi kaset korang, wahai Carburetor Dung)

Last sekali, aku baca post ini. (Akhirnya aku tau nama betul Point Blanc!)




Ermm...

Ko baca je lah semua yang ada. Kat sidebar pun aku dah add link dia.




Can you say, "Cayalah, geng!"

I knew you could.


Sunday, April 11, 2010

Kata Luhur : Atau Satu Post Yang Panjang Sedikit

Di post pendek aku pada hari Jumaat lepas, aku cakap yang aku nak tulis satu post yang lebih panjang pada malam tu. Tapi aku tak dapat nak tulis sebab aku sibuk baca buku katalog/companion untuk pameran tersebut sepanjang weekend ni.


Aku ingat nak frame poster (yang free) ni.


Di samping gambar-gambar terperinci setiap karya yang dipamerkan, aku rasa yang lebih menarik lagi ialah esei-esei mengenai penglibatan Pak Samad di dalam cabang seni visual/lukisan. Menarik! Mencabar juga nak membacanya sebab bidang seni visual (di dalam kes ini, ekspresionisme abstrak) adalah satu topik yang betul-betul di luar lingkungan pengalaman aku. Aku tak tahu apa-apa langsung mengenai cabang seni ini. Semasa aku di sana, aku terasa betul yang aku ni outsider, yang tak tahu apa-apa. Nasib baik tak ada sesiapa yang tanya aku soalan-soalan mengenai art malam tu. Sure cover aku terbongkar! Hehehe...


"Apa pendapat kau tentang lukisan ni?"

"Errmmm... Lawa kot..."


"Aku rasa brush-stroke Pak Samad di dalam lukisan ini agak kasar. Seolah-olah dia tengah marah pada ketika itu. What do you think?"


"I think its... pretty..."

"Kenapa dia guna warna merah dengan hitam sahaja? Aku rasa ada statement of intent di sebalik penggunaan kedua-dua warna tersebut. Don't you think so?"

"I guess..."


Tapi, perlahan-lahan, aku mula bina pengetahuan aku tentang cabang seni yang begitu alien/asing ini. Tak banyak, masih level newbie lagi, masih senang di tipu. Tapi takpe... Merangkak dulu sebelum berlari, betul? Anyway, lukisan faveret aku di pameran tersebut ada di bawah. Tajuk dia 'Jalan Retak 04'. Tolong jangan tanya aku kenapa aku suka yang ini, ya. Aku sendiri pun tak tahu nak explain.


Jalan Retak 04


Di galeri pameran juga terdapat beberapa ruang yang dipenuhi dengan tulisan Pak Samad sendiri dan juga beberapa perenggan dari esei-esei yang ada di dalam buku 'Kata Luhur'.


Amacam? Artistic-ish, yes? Komposisi aku ok ke? Pencahayaan? Hehehe...



Quote dari esei Rahmat Haron


Akhir sekali, setelah semua pengunjung berpeluang melihat dan mengapresiasi(huh?) hasil lukisan Pak Samad, para pengunjung telah di hiburkan dengan beberapa kumpulan dan juga individu seni muzik tanahair yang frinj. Antaranya kumpulan Dewangga Sakti, Taheera Rosheena, Meor Yusuf Aziddin dan Rahmat Haron. Pak Samad juga turut serta membaca puisinya sambil di iringi kumpulan Space Gambus Experiment.


Can you say, "Woooooo...."


"Woooooo...."



Pak Samad dan Space Gambus Experiment


Rahmat Haron dan Rakan-Rakan feat Dua Bidadari Kota

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan, Selamat Hari Jadi, Pak Samad! Moga di panjangkan umur dan di murahkan lagi rezeki.

Happy Birthday!

Friday, April 9, 2010

Kata Luhur : Update Pendek

Sedang mendengar ucapan perasmian. Kejap lagi, ekzibit akan di launch secara rasmi. Aku menyesal tak makan sebelum aku datang. Lapar la pulok!

Hehehe...

Malam nanti, aku akan tulis post yang lebih panjang mengenai eksperiens aku di sini.

Johnny, out.

Kata Luhur

Lawa kan?


Ini "katalog KATA LUHUR - 166 ms warna penuh - terbitan Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM dan Teratak Nuromar. Hanya RM 20 sepanjang pameran di Balai Seni Lukis Negara. (Selepas itu harga akan melonjak ke siling)".

Mau?

Datang la ke Balai Seni Lukis Negara malam ni. Pukul 8pm. Ada majlis pelancaran.

Ada persembahan. Ada budaya. Ada seni.

Datang, ok...

Maklumat lanjut? Klik sini.



Pandai Pun!

Oooookaaaayyyy...

Blogger dah memperbetul/membaikpulih ruangan komen dan semua komen-komen korang yang hilang dulu, kini sudah ada kembali.

Tak jadi aku nak pindah ke Wordpress.


Hehehe...

Sauna, Khalid Samad Dan Cover Girl 60an : Atau Magazine Dua Belas Ringgit Yang Patut Kau Beli



Aku baru beli magazine biasa aku petang tadi. Kat cover bulan ni, ada gambar profail/sisi Khalid Samad, berwarna kuning dan bertajuk 'Who's Afraid of the Islamic Party?'.


Veli fani wan...


Antara artikel-artikel yang menarik perhatian aku dalam edisi ini ialah artikel Farish A. Noor (Wow! Aku tak tau yang mak dia dulu seorang model yang HOT!), artikel Eddin Khoo mengenai Khalid Samad dan segmen 'Tapai' oleh Hishamuddin Rais. Semuanya best! Lazat dan berkrim.

RM12 paling berbaloi di Malaysia...


Cigarettes not included*

Wednesday, April 7, 2010

Apa Hisham Kata (16)...

Untuk edisi 'Apa Hisham Kata...' kali ini, aku hanya nak highlight satu perkataan sahaja dari post ini.


'Kanilangus'



HAHAHAHAHAHAHAHA...

MukaBuku : Or The Devastating Downfall of Johnny B. Rempit

Aku hampir dapat melepaskan diri aku dari ketagihan kronik aku. Emfasis pada perkataan hampir. Aku dah habiskan masa yang banyak di sofa terapi. Dah bermacam-macam cara dan teknik yang aku dah cuba untuk melepaskan diri aku dari cengkaman kasar obsesi aku padanya.

Buat seketika, aku hampir berjaya. Emfasis pada perkataan hampir, sekali lagi. Aku hampir bahagia. Hampir tiada stress. Hampir tiada kerisauan. Hampir senyap suara-suara jengkel dalam kepala aku yang memeningkan.

Tapi, apa boleh buat. Aku cuma manusia. Lemah. Kecil. Tak berdaya.

Buat kali pertama dalam hidup aku, aku betul-betul faham apa yang Michael Corleone pernah berkata satu ketika dulu di filim 'Godfather 3'.





Mula-mula, aku dapat bertahan. Lama juga aku dapat mengawal obsesi aku ini. Tapi, sekali-sekala, apabila bulan biru mengembang di langit, aku akan jatuh dari kuda aku yang tinggi dan rebah ke tanah kembali.


Post ini wujud sebelum aku sedar yang dia dah wujud. (Huh?)


Aku menyelinap masuk, kali ini dengan nom de guerre yang baru, yang konon nya akan melindungi aku dari obsesi aku. Aku cuba untuk menipu diri sendiri. Sekejap sahaja, konon nya. Aku nak lihat apa yang aku dah terlepas, konon nya.

Akhirnya aku jatuh. Aku telah jatuh dan aku telah jatuh dengan dahsyat, melanggar dasar lautan obsesi aku hingga menyebabkan tsunami dan gempa yang langsung melenyapkan segala usaha dan kemahuan aku untuk melawan. Aku membiarkan saja semua nya berlaku.

Aku dah tak peduli. Apa nak jadi, akan dan sudah pun terjadi.

Aku kembali terikat. Di belenggu obsesi lama aku yang telah hampir aku bunuh. Emfasis pada perkataan hampir, sekali lagi. Hampir. Hampir. Hampir.

Hampir ke seberang tapi jatuh juga ke dalam longkang.

Hampir ke destinasi tapi kereta aku kehabisan petrol dan terpaksa berhenti di tepi jalan.

Hampir ke graduasi tapi di tendang keluar sebab CGPA tak melebihi 2.0 ke atas.

Hampir.

Itulah dia cerita hidup aku.

Aku telah kembali aktif dan cergas. Obsesi aku mencengkam kembali.











Johnny is BACK on line, baby! Woooooohooooo!












Mengapa?

Simple...

She has a name.


Woooooo...









Hehehe...

Tuesday, April 6, 2010

Wei Blogger! Mana Pergi Komen-Komen Aku!

Soooohai! Celaka!

Boleh lak hilang komen-komen berharga aku.

Aku pindah Wordpress kang baru padan muka ko!



Sori ye... Aku tengah frust ni. Kalau korang ada perasan, ada beberapa komen-komen korang yang dah tiba-tiba hilang. Aku tak ada delete dan aku tak ada buat apa-apa yang luarbiasa. Ini isu Blogger. So, sekiranya korang perasan yang komen-komen ko hilang, jangan la marah aku, ye... Aku heart korang semua.

Thanks...




Cibai ko Blogger!

Silverfish : Atau Sebuah Kedai Buku Independen Yang Cool

Aku sempat ke Silverfish Jumaat lepas. Masa tu, aku kena buat delivery di area Telawi dan disebabkan ofis tak bagi aku deadline spesifik untuk aku balik, apa lagi, lepak la... Sapa suruh tak bagi deadine, betul? Hehehe... Anyway, aku dah terlalu lama tak ke sana. Bertahun kot. Dah sampai masa aku start singgah balik ke kedai yang cool ni. (Kedai dia betul-betul di tingkat atas dari satu pet store di situ. Tak boleh miss.)

Masa aku di situ (hampir lunch time), aku sorang je customer. Best betul. Tak payah aku nak tunggu turn membelek-belek buku, tak payah nak berbaris nak tanya soalan pasal buku etc, dll, et al.

Pada aku, koleksi buku 'Malaysiana' diorang memang best. Hampir semua buku dari penerbit independen Malaysia ada kat situ. Koleksi buku 'Aseania'(?) mereka pun boleh tahan. Tapi, yang paling buat aku terkujat ialah koleksi buku lit/sastera mereka. Sebenarnya, aku ingat yang Silverfish lebih mengutamakan buku-buku Malaysiana, jadi bila aku jengok ke section Lit mereka, fuuuuu... Respect! Banyak gila buku-buku yang aku tak pernah nampak kat kedai-kedai buku besar.


Can you say 'Fuuuuuuu....'?

Fuuuuuuuu....


Aku jumpa buku Anais Nin, Ralph Ellison, Agatha Christie (almost full collection), Ernest Hemingway (title dia yang obscure pun ada) etc, dll, et al. Nasib baik cheque gaji aku belum clear lagi masa tu. Kalau tidak, plot aku pun akan hilang jugak! Tengok la senarai 'to-be-read' aku. Ada hati mau tambah lagi...

Berat gak hati aku nak tinggalkan kedai tu tanpa membeli apa-apa. So, in the end, aku beli buku Sufian Abas yang paling latest, 'Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca'. Bila azan Jumaat berkumandang, aku terus simpan buku kecik tu dalam poket aku untuk ke masjid. Masa time orang lain sibuk dengar khutbah, aku sibuk baca buku Sufian. Boleh?


If you pay them a visit, tell 'em Johnny sent ya...


Hehehehe...

Testing 1... 2... 3...


Sekiranya post ini comot, nampak tak teratur, pelik, abaikan saja. Aku tengah test kapabiliti fon pintar aku yang canggih-manggih ini. Kenapa? Sebab aku nak cuba meng'update' secara 'real time' blog aku yang amat 'popular' dan 'happening' ini. Kalau test ini berjaya, aku nak mula buat update yang semi-penting dari lokasi-lokasi tipikal dan/atau luarbiasa. Sekiranya tidak, aku akan kembali ke 'mode' asal.

Wish me luck!

Masa : 3 am, lebih kurang
Lokasi : McD Hulu Kelang, MRR2
Peralatan : Nokia 5800 Xpress Music

--------------------------------------------------------------------------

Edit dari rumah, 4.45am, lebih kurang

Nampaknya, ada perkara-perkara kecil yang aku tak boleh buat kalau aku update guna fon canggih-manggih aku. Takpe lah. Sekurang-kurangnya aku boleh upload gambar dan text. Post aku pun tak comot/berterabur.

Hmmm...

Bestnye...

Monday, April 5, 2010

I Is Hungry Also

"I'm hungry."

"Ok. Jom pegi makan. You nak makan apa?"

"Anything..."

"Ok. Kita pergi 14 nak? Mee udang."

"Tak nak lah. We've had that last week."

"Oooookaaaayyy... Kalau char koay teow? Kat KJ?"

"Hmmm... Not in the mood for fried stuff."

"Banana leaf curry?"

"Too heavy la."

"Ok. Ok... Kita pegi Kampung Baru. Makan nasi padang."

"Fattening nye... Tak nak lah."

"Sushi?"

"I want something that's been cooked."

"Habis tu nak makan apa? Tadi you cakap anything."

"Ok. Ok. I nak makan... Nak makannnn... Hold on. Let me think..."

"Anything kunon..."

"Shut up! I'm thinking..."

Frinj Benefits : Atau Laporan Khas Mengenai Misi Solo Aku Ke Pekan Frinjan (Yang Hanya Muncul Sebulan Sekali)

Satu malam di Shah Alam

Di post/update pendek sebelum ni, aku telah tulis yang aku telah membuat update pendek dari lokasi Pekan Frinjan X di Shah Alam. Berikut adalah laporan penuh misi recon/recce/solo aku ke sana pada malam tu. (Sebenarnya, aku malas nak buat post panjang berjela malam tu sebab sure nampak macam bagus/poyo. Meng'update' blog yang amat 'popular' in 'real-time' kunon! Cehhh!)

Aku dah lama dengar pasal event ni tapi belum pernah pergi. Ni first time. So, kalau first time, kena rilek/cool dulu. Tengok vibe dia macam mana. Apa dia aktiviti-aktiviti yang ada di situ, apa yang aku boleh sertai/buat, etc, dll, et al.

Dari apa yang dapat aku lihat, event Frinjan ini satu idea yang bagus. Ada gig sikit (malam tu ada Joanna & Co), ada baca puisi/sajak sikit (aku heart Mimi Morticia, hehehe...), ada performing arts sikit (persembahan tarian tradisional suku kaum Temuan). Cool...


Everybody DANCE now!


Yang aku minat sekali, ada stall-stall kecil yang jual buku-buku dari penerbit independen seperti Sang Freud Press (aku ada cakap tak yang Mimi Morticia, penulis 'Tangerin dan Nikotin' ada pada malam tu?), Oxygen Media dan juga stall buku member 'virtual/maya' gua, brader GombakRock. Kalau nak cari buku-buku non-arus perdana, kat situ banyak.


Busy ka inchek? Hahahaha...


Pada malam tu juga ada stall dari BAR Council. Diorang sibuk bagi nasihat guaman percuma. Diorang juga sibuk bagi semua orang kat situ booklet 'Buku Panduan Rakyat' mengenai Perlembagaan Malaysia untuk projek 'PerlembagaanKu/MyConstitution'. Aku dapat booklet no 2, 'Institusi Perlembagaan dan Pemisahan Kuasa'. (BTW, awek yang distribute booklet tu terAMATlah cute! Mungkin seorang lawyer. Agak-agak kalau aku tackle dia, boleh dapat tak? Hehehehe... Waaaaayyyy out of my liga, bro! Hahahaha...)

Stall 'GeraiOA' a.k.a. Gerai Orang Asal yang ada pada malam tu pun menarik. Ada jual barangan kraf buatan tangan yang di buat oleh Orang Asal. Macam-macam ada. Semuanya 'fair-trade', lestari dan berkualiti. Kalau nak beli online pun boleh. Klik sini. Aku beli buku 'Orang Asli Animal Tales' oleh Lim Boo Liat kat situ. Bagi crew-crew Goodreads Malaysia dan juga pembaca-pembaca buku lain, klik di sini untuk katalog lengkap mengenai buku-buku yang menyentuh tentang golongan Orang Asal. Kalau nak info lebih lanjut, maklumat terperinci ada di 'Center for Orang Asli Concerns' di www.coac.org.my.


Buku cerita (aku beli) dan booklet MyConstitution (yang free)


Sekian, laporan saya bagi kali ini. Kalau ko berminat untuk join aktiviti-aktiviti Frinjan yang frinj dan happening, aku akan hello/roger korang semua supaya ko boleh pergi sana ramai-ramai. Jangan risau. Event ini family-freindly.

Johnny, out.

Saturday, April 3, 2010

Update Pendek Dari Pekan Frinjan

Ini first time aku ber'Frinjan'. Brader Gombakrocker jemput aku. Aku sampai dalam pukul 9pm. Kalau korang minat benda-benda yang Frinj, next time ada event Frinjan, aku akan hello korang.

Oh ya...

Mimi Morticia is one cool chick. Hehehe...