Aku sempat ke Pantai Timur hari Jumaat lepas. Tapi bukan untuk bercuti sambil menikmati keindahan Cherating atau melepak di tepi pantai Teluk Chempedak.
Aku jadi drebar emergency boss aku. Dia nak tengok site. Drebar biasa dia hilang entah ke mana. Aku pulak terlepas cakap yang aku free bila dia tanya. Jadi, pada Jumaat lepas, bila SEMUA penduduk Selangor sedang bergegas menyesak dan memenuhkan KL, aku, Pak Supir Johnny, sedang sibuk memandu (Mercedes Benz S350 geng. Jangan jeles...) boss aku dan member bisnes dia ke Kuantan.
"Ada elaun tak boss?"
"Awak ni asyik pikir elaun je la."
"Tak kan takde boss?"
"Isnin nanti awak jumpa Puan H kat HR. Elaun, elaun..."
Trip bermula pada pukul 8 pagi dari rumah boss aku. Tiba di site lebih kurang pukul 11. Setelah habis site di tinjau, peta di lihat dan pelan di bincang, tibalah time sembahyang Jumaat. Masjid terdekat ada di Beserah jadi kami pun ke sana.
"Awak ada selipar spare tak?"
"Kat boot ada 3 pasang boss."
"Bagus betul awak ni. Macam pengakap."
"Sentiasa bersedia boss."
"Awak nak claim dengan Puan H kan?"
"Ha'ah."
"Bertuah punya budak."
Cuma pada kali ini, aku tak bertuah sangat sebab lepas sembahyang, aku sedar yang selipar kiri aku dah lesap.
"Mana sebelah lagi selipar awak?"
"Ada orang minat boss."
"Nasib baik selipar murah. Kalau awak pakai kasut Nike awak tadi..."
"Sebab tu la saya beli selipar spare boss."
"Macam pengakap."
"Sentiasa bersedia."
"Jom pegi makan."
"Orait."
2 comments:
menarik gak blog kau...
Terima kasih, wahai peng'komen' yang tak bernama...
Post a Comment