Friday, April 23, 2010

Entahlah... Kat Kino Ada Kot...

Beberapa bulan lepas, aku dan brader GombakRock, seorang peminat setia blog ini, pernah menulis mengenai buku 'subversif' "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" yang di 'tahan' tapi tak di 'ban'.

Pada masa tu, aku ada meminta tolong seorang member aku yang belajar di luar negara untuk membawa masuk buku tersebut ke sini. Bagaimana brader GombakRock dapat membawa masuk copy dia, tu ko kena tanya dia lah. Lagipun, tu memang line dia. Dia jual buku non-mainstream.

Anyway, semalam, satu berita yang agak 'gempar' telah di uar-uar(?) kan. Buku tu dah di 'approve' oleh pihak berkuasa untuk di jual di 1Malaysia. Jadi, seolah-olah usaha kami berdua untuk membawa masuk buku tu ke sini nampak macam sia-sia saja.

Tapi aku rasa tak. Aku anggap yang usaha aku untuk membawa masuk buku tu pada ketika itu amat berbaloi. Aku anggap yang aku, brader GombakRock dan berpuluh-puluh orang lain yang telah sanggup 'berjalan di hujung tebing' semata-mata untuk mambawa masuk dan membaca buku tersebut pada ketika keadaan yang tidak menentu itu, terdiri dari golongan elit marhaen, kumpulan 'vanguard' yang 'avant garde'. Golongan cool.

Secara kolektif, kami semua telah menunjukkan 'jari tengah' kami kepada satu polisi kuno yang arkaik dan bebal. Polisi yang menganggap pengharaman buku adalah satu polisi yang 'baik' dan 'perlu', demi 'menjaga' keselamatan awam.

Kepada semua yang telah membeli, menyeludup masuk, membantu menyebarkan secara 'underground', menyalin semula, dan paling penting sekali, membaca buku tersebut semasa era 'pre-approval', aku salut kamu semua! Tahniah! Keberanian, kebijaksanaan dan kesungguhan kalian patut menjadi contoh dan teladan. Kamu semua telah berani menunjukkan yang 'book banning', di dalam apa jenis bentuk sekali pun, tidak lagi relevan di dalam era kini.

Ya Hya Chouhada!

3 comments:

Isma Ae Mohamad said...

Aku dulu penyeludup beras di sempadan Siam-Kelantan.Tapi tak kaya-kaya.Hari-hari aku marah pada UPP.

Aku tetap kata haram buku masih relevan sampai bila-bila selagi ada kerajaan supaya ia tidak menjadi bebas.Lebih kurang kerajaan 'haram' beras siam.Agar beras siam tidak menjatuh harga beras tempatan.Demi 'keselamatan' periuk nasi petani tempatan.

Tapi orang kelantan masih makan beras siam juga.Meski ia lebih mahal.

Aku pun dulu berfikir mahu semua liberal, semua bebas, semua lepas tapi bila sampai satu tahap atau ia boleh menggangu kepentingan kita sendiri,aku pun setuju dengan sekatan atau pengharaman terpilih termasuk buku.Takkan ke mana pun jika terus mahu semua bebas.Kawan aku orang Siam pun hari-hari mengeluh, kerana terlalu bebas.

Tidak ada di dunia ini negara yang tidak haram buku!

"Malaysian Maverick'' tiada apa-apa.Dan ia tidak patut diharam.


Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog author.

Nampaknya pengendali blog ini pun ada penapis besar. :)

aidura sofiee said...

tapis, jgn tak tapis! hua,hua,hua.

Johnny B. Rempit said...

Salam saudara Isma

Aku rasa tak boleh di samakan 'idea' (yang cuba hendak di sampaikan di dalam sesuatu buku) dengan sesuatu 'komoditi' seperti beras Siam, rokok, minyak diesel, syabu. Pengharaman beberapa jenis komoditi seperti yang aku sebut tadi memang ada baiknya dari segi ekonomi dan sosial. Itu tidak boleh di nafikan. Ada sebab-sebab konkrit yang boleh menjustifikasi tindakan pengharaman komoditi-komoditi yang aku sebut tadi.

Tetapi menghalang penyebaran idea melalui polisi pengharaman buku tidak pernah efektif, lagi-lagi di zaman internet. Sejarah telah berkali-kali menunjuk kepada kita hakikat ini. Cara paling efektif untuk 'membunuh' idea ialah dengan berdepan secara terus dan terbuka idea yang di anggap 'salah' itu. Kita harus berani menghadapi konsep pertembungan idea ini. Lagipun, ini bukanlah satu konsep yang baru mahupun 'liberal'. Ramai pemikir-pemikir besar (dahulu dan sekarang) telah menggunakan konsep ini. Konsep 'liberal' ini sebenarnya juga pernah di amalkan oleh ramai pemikir-pemikir Islam dahulu. Aku juga berpendapat yang inilah sebenarnya 'catalyst' atau pencetus idea-idea moden yang kita sendiri amalkan sehingga kini. Pengharaman buku akan hanya menggalakkan sikap malas intelektual dan kejahilan. Lebih senang haramkan buku dari berfikir dan berdebat mengenai idea baru yang 'mungkin' radikal dan asing, betul?

Pengharaman buku juga akan hanya membawa idea 'radikal' itu ke arena bawahtanah. Objektif asal untuk melenyapkan idea itu kini semakin susah hendak dikuatkuasakan dan berbagai-bagai masalah sampingan akan muncul. Buku haram boleh dibakar tapi adakah idea-idea 'radikal' itu akan terbakar sama?

Satu ketika dahulu, manusia sejagat menganggap yang bumi ini rata, yang jika kita berlayar di laut, satu ketika nanti kita akan sampai ke penghujung dunia. Tetapi sains, matematik dan beberapa orang saintis 'radikal' telah menterbalikkan 'fakta' ini. Buku-buku mereka telah cuba diharamkan tetapi fakta sains dan pemerhatian/metodologi saintifik yang terkandung di dalam buku-buku mereka tidak dapat disanggah, dan pandangan 'radikal' mereka itu telah diterima oleh semua, hingga kini.

Tanpa kebebasan berdebat, bedialog secara terbuka dan telus (tanpa intimidasi mana-mana pihak), perkembangan tamadun manusia sejagat akan terbantut. Bayangkan 'world view' kita sekiranya kita masih lagi menganggap yang dunia kita rata? Sempit, bukan?

Sebab itu, aku tetap berpendapat yang polisi pengharaman buku adalah polisi yang arkaik, kuno dan regresif.



P.S - Aku pasang penapis besar supaya aku ada peluang nak baca dulu komen-komen korang. Kalau ko perasan, aku tak pernah delete satu pun komen-komen korang. :)