Aku rasa, aku di beri kepercayaan ini sebab aku ni seorang pekerja/employee contoh. Aku datang awal, aku balik lambat, aku suka volunteer buat kerja-kerja yang bukan di dalam job scope aku, aku jarang claim OT, aku tak guna komputer/bandwidth ofis untuk surfing, aku suka belanja kakak-kakak admin makan, aku sentiasa berkelakuan positif supaya produktiviti dan morale company staff dapat ditingkatkan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti hidung coklat yang lain.
;p
Sebenarnya, area ofis aku ni agak panas. Boss aku risau nak tinggalkan lori company kat tepi jalan semalaman. Kot-kot ada malaon yang minat kat radio, tool box, rim, tayar dll, etc, et al. So, last-last, nak taknak, setiap hari pukul 5pm, kunci lori pick-up ofis ada di tangan aku.
"Johnny. From now on, awak bawak balik rumah pick-up ofis."
"Ok, boss."
"Minyak awak boleh claim dengan Puan H every Monday, and don't forget..."
"Simpan resit bila beli minyak."
"Right."
Kadang-kadang, aku heart my stupid job! Hehehehe...
Anyway, setelah beberapa bulan aku di beri privilege ini, aku telah perasan satu perkara (penting?) yang aku anggap aneh/pelik.
Kalau aku terpaksa melalui road block polis semasa aku memandu lori 'aku', mereka seolah-olah tidak ambil pot. Seolah-olah aku ni halimunan/invisible. Mereka akan hanya menyuluh lampu mereka ke sticker roadtax saja. Bila mereka nampak yang roadtax masih hidup, mereka terus suruh aku jalan. Mereka tak pernah nak suluh-suluh ke bahagian interior, tak pernah nak tanya aku nak ke mana, tak pernah sibuk nak tengok lesen/IC aku. Tapi masa aku bawak motor aku, selalunya aku akan di suruh ke tepi, di suruh matikan enjin, di minta lesen, IC dan roadtax. Kalau dressing/nasib tak baik, akan berjela-jela aku di soal, habis di periksa bagai. Lori pick-up ni halimunan/invisible ke?
Heran aku. Dan ini bukan berlaku sekali dua je. Dah berkali-kali. Jumpa road block, slow down, suluh/tengok roadtax, jalan. Sekali pun tak pernah lebih dari tu. Tak pernah.
So, sejak aku dah tengok sendiri perangai/attitude polis terhadap pemandu lori pick-up, aku telah mengambil kesimpulan/keputusan yang sebaik saja aku mampu, aku tak akan beli kereta. Aku nak pakai lori pick-up. Rugged, tahan lasak, ekonomikal (diesel murah), boleh tempuh banjir kilat dengan konfiden, ruang kargo yang teramatlah luas, tinggi dan sekiranya perlu, semasa jalan jam, senang membuli kancil-kancil dan kenari-kenari. Hehehehe...
5 comments:
so, moral of the story?
jgn bawak motor. nanti tertuduh dek pak polisi sbg mamat rempit.
baik johnny bawak lori pick-up jek pergi balik keja mulai dari hari ni. :Gelak Guling-Guling Atas Sofa: kui,kui,kui :P
so, moral of the story?
jgn bawak motor. nanti tertuduh dek pak polisi sbg mamat rempit.
baik johnny bawak lori pick-up jek pergi balik keja mulai dari hari ni. :Gelak Guling-Guling Atas Sofa: kui,kui,kui :P
Sebenarnya, ni cara backhanded saya nak tunjuk yang teknik 'profiling' yang diamalkan selalunya tak efektif.
Tu je.
BTW, tulis komen sekali dah le.
G3ALK!
KSTB=LMAO!
aku sesaja tekan butang ENTER 2x.
nak buat semak kat SHOUT BOX hang ni! kah,kah,kah :P
nak tau hang marah ke dak. kalau marah, kena juaiiii!
"Bapak maraaaah?"
"Taaaak. Sayaaaaangggg..."
"Bapak tak boleh marah. Kalau marah, bapak boleh kena jual."
"Tuan penasihaaaaaaat..."
Post a Comment