Friday, December 19, 2008
Update Paling Latest...
Aku kini telah bekerja di tempat baru. Jadi aku kini sedang berkenal-kenalan la dengan kawan-kawan sekerja baru aku. Jadi, aku tak boleh la main sembrono pinjam-pinjam PC orang kalau aku nak update blog aku ni. Aku tak nak la cari pasal. Lagi pun, kerja aku sekarang ni bukan duduk di ofis je. Lebih 80 persen masa aku di habis kan kat luar ofis.
Tapi takpe...
Kakak Receptionist kat sini memang sporting. Aku dah boleh pinjam PC dia masa dia keluar makan.
So, macam tu lah...
Kerja baru, tempat baru dan harap-harap, hidup baru bagi aku...
Wednesday, November 19, 2008
Apa Hisham Kata (5)...
first 70 does not count…..kah kah kah…
Aku rasa korang perlu baca post dia sepenuhnya supaya korang dapat faham apa yang dimaksudkan. Klik kat sini.
Lain kali, aku tak akan minum sambil membaca 'Tukar Tiub'.
Kah kah kah...
Lontong Dan Nasi Lemak MEMANG Sodap...
Kombinasi lontong yang paling syok ialah versi yang "semua taruk" a.k.a. sotong dan paru. Kombinasi nasi lemak paling best pula adalah yang berlauk sotong dan telur goreng ataupun paru dan telur goreng.
Ingat! Cari gerai yang ada orang bertatur...
P/S : Tak payah nak cerita kat aku yang nasi lemak Internasional di Kg Baru lagi best. Aku yang lepak kat Kg. Baru pun tak makan kat situ. Seperti yang aku dah kata tadi, orang yang makan nasi lemak di waktu tengah hari, petang, malam, larut malam sememangnya tiada imaginasi dan segala pendapat mereka aku tak nak tau dan tak perlu tau.
Tetapi kalau kesesakan dan takde duit, takpe. Darurat memungkinkan apa sahaja. Aku pun pernah makan nasi lemak bungkus masa aku kesesakan dulu. Asalkan Bukan Megi. Hahahaha...
Monday, November 17, 2008
Sori Geng...
Aku tak dapat datang sebab aku tak baca betul-betul sms jemputan dia. Dia tulis di sms dia yang majlis bermula "seawal 8.30am hingga 1pm". Disebabkan aku tak perasan perkataan "am" tu, aku pun ingat majlis dia start pukul 8.30 malam.
Aku tak tau nak cakap apa! Ya, memang betul. Aku yang salah. Tak ada siapa yang aku boleh menuding jari. Ya, aku salah!
Sori ye geng...
Hahahahaha...
Friday, November 14, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Hari Ini, Amerika Mengundi...
Good luck folks!
Saturday, November 1, 2008
Siapa Pernah Tengok Muka Diorang???
Tak jumpa pun.
Ada tak sesiapa pernah nampak gambar muka-muka diorang ni?
Friday, October 31, 2008
Minyak Turun Lagi...
31/10 Petrol and diesel prices down by 15 sen from 12:01am Saturday. New price RON97: RM2.15 per litre, RON92: RM2.05, diesel: RM2.05/STAR
Oh ya...
Lupa lak...
Selamat Hari Halloween a.k.a. Hari Hantu!
Hehehehe...
Thursday, October 30, 2008
Menarik Ni...
Menarik jugak. Aku boleh update guna fon aku je. Hehehe...
(Memang sah aku dah ketagih dengan alam siber! Ada tak program 21 Langkah untuk 'memulihkan' aku dari ketagihan ni? Hehehehe...)
Wednesday, October 29, 2008
Malaysian Chopper...
Banyak orang sudah mengeluarkan pendapat tentang isu pembelian Eurocopter. Tidak kira di mana saja, sama ada di kedai mamak sambil minum kopi, mahupun di pejabat-pejabat tinggi di KLCC. Semua orang ada pendapat masing-masing. Ada yang kata itu, ada yang kata ini. Dunia blogosfera Malaysia pun tidak terkecuali. Rata-ratanya, ianya suatu isu panas dan tidak salah jika saya mengatakan yang kebanyakan rakyat mengatakan yang penangguhan pembelian tersebut adalah sesuatu yang wajar, jika ia diletak di dalam konteks ekonomi sekarang. (Aku tak mahu sentuh tentang bab politik. Itu satu topik besar yang lain. Mungkin di posting yang akan datang.)
Tetapi, aku jarang pula mendengar pendapat mereka-mereka yang akan menggunakan helikopter tersebut. Pendapat tentera-tentera kita. Pendapat juruterbang-juruterbang tentera yang terpaksa menggadai nyawa setiap kali helikopter lapuk Nuri terpaksa di gunakan. Agaknya, apa yang mereka fikirkan?
Mungkin mereka sudah lama mengeluh. Agaknya, mereka bertanya, mengapa helikopter Nuri yang telah usang ini masih digunakan untuk tugas-tugas mempertahankan negara. Aku pun tak tahu. Aku mahu bertanya tetapi malangnya, aku tak ada kenalan yang sedang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera. Jadi, kesimpulan itu, aku main agak saja. Mungkin betul, mungkin tidak.
Tetapi, kalau nak di fikirkan, selagi pembelian helikopter-helikopter baru ini ditangguh, yang akan menanggung risiko paling tinggi adalah mereka-mereka yang menjadi tunggak pertahanan negara. Pemuda dan pemudi kita yang sanggup berkhidmat untuk menjaga keselamatan negara.
Merekalah yang akan menggadaikan NYAWA mereka setiap kali helikopter lapuk Nuri masih di gunakan.
Siapa yang akan menangis apabila satu lagi helikopter lapuk itu jatuh dari langit? Siapa yang akan mendoakan mereka? Siapa yang akan mengingati mereka?
Sebab itu lah, aku berpendapat yang sesiapa sahaja yang SENGAJA melambatkan proses pembelian ini, sama ada dengan tujuan untuk meraih keuntungan yang lebih, mahupun untuk mendapatkan sokongan politik, untuk APA-APA sahaja sebab, mereka lah akan menanggung beban NYAWA pemuda dan pemudi negara yang berkhidmat sebagai askar-askar negara. Setiap kali enjin Nuri yang usang itu di hidupkan, setiap kali itu lah nyawa tentera kita di pertaruh!
Aku tak peduli kisah korupsi!
Aku tak peduli kisah ekonomi!
Aku mungkin salah di dalam merumus pendapat aku. Aku mungkin keseorangan di dalam hal ini. Tetapi aku tidak peduli...
Sudah sampai masanya kita, sebagai rakyat negara ini, mengingati kembali sumbangan tentera-tentera kita untuk menjaga keamanan negara. Mereka-mereka inilah yang akan berdepan dengan musuh kita, mereka-mereka inilah yang akan menggadaikan nyawa mereka untuk KITA!
Jangan sia-siakan KHIDMAT dan NYAWA mereka!
Berilah mereka kelengkapan-kelengkapan yang terbaik supaya mereka boleh melaksanakan tugas mereka. Kalau tak mampu beli 20 biji, beli 10 biji dulu. Kalau tak mampu beli 10 biji, beli 5 biji dulu.
Mereka semua tidak meminta banyak dari kita. Mereka tidak mahu pingat. Mereka tak mahu darjat.
Yang hanya mereka mahu ialah supaya kita mengingati sumbangan mereka. Janganlah di sebabkan masalah politik atau ekonomi, nyawa mereka di sia-siakan begitu sahaja.
Susah sangat ke nak buat itu?
Jalan Alor...
Selepas 'insiden-kaki-di-dalam-mulut' (a.k.a. 'Foot In Mouth Incident') Jalan Kejora baru-baru ini, akhirnya Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menukar-balik nama Jalan Kejora kepada nama asalnya, Jalan Alor.
Tau takpe...
Nak memandai-mandai pegi tukar nama yang dah terkenal di serata pelusuk dunia tu buat apa, wahai Datuk Bandar? Apa faedah yang Dewan dapat?
Dah la kena kutuk. Yang nak di pamerkan kepada semua orang yang Dewan Bandaraya ni tak ada otak buat apa? Siapa yang malu? Siapa yang segan? Penduduk, peniaga dan pelawat Jalan Alor ke?
Aduiiii...
Tolong la!
Lain kali, apa kata kamu-kamu semua yang ada tanggungjawab di dalam pentadbiran DBKL, sekali-sekala guna akal kamu yang telah di kurniakan Tuhan...
Fikir baik-baik. Mintak buah fikiran penduduk yang terbabit semasa nak keputusan. Kalau lah ada SATU orang wakil DBKL yang ada bertanyakan pendapat penduduk, peniaga dan pelawat di Jalan Alor tu, 'kontroversi' ni tak akan berlaku. Betul tak?
Kenapa perlu nak di tayangkan ke khalayak ramai yang DBKL tak ada otak? Kenapa saya, seorang awam biasa yang 'blue-collar', boleh fikir benda-benda ni, sedangkan Dewan yang memegang tanggungjawab mentadbir KL, ada ramai staff yang lepasan universiti?
Tak kan tak tau cover line bro?
Saturday, October 25, 2008
Mdnia Minasua...
The paomnnehel pweor of the hmuan mnid
Aoccdrnig to rseearch, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlhoe.
Cuba try...
Viva Italia...
Apa dia faktor yang menyebabkan apa-apa produk dari Itali mempunyai daya tarikan yang amat kuat?
Warna nya ka?
Bentuk nya ka?
Aku berborak dengan seorang peminat Alfa Romeo (alfisti dalam bahasa Itali) siang tadi. Masa tu aku tengah menunggu kereta ofis yang sedang di servis. Sama-sama kebosanan la kiranya.
Aku pun saja bertanya sekiranya Alfa yang sedang berada di atas ramp di workshop tu kereta miliknya. Ya, dia menjawab. Aku pun terlepas la cakap yang aku ni peminat motor Itali. Maka dari situlah mula la kami berdua berborak tentang apa dia yang menyebabkan kami berdua begitu minat produk-produk Eropah yang mahal ni.
"Pakcik suka betul design dia. Awak dah tengok gambar latest Alfa 8C Competizione?"
"Ada. Lawa! Memang lawa!"
"Itu la dia. Itu pun baru Alfa Romeo. Belum Pakcik nak cakap pasal Lamborghini lagi tu. Ferrari belum bukak cerita lagi. Pakcik memang minat betul la kereta-kereta diorang."
Aku pun tidak menafikan yang kereta-kereta Itali sememangnya ada daya tarikan yang unik. Aku tahu yang bukan semuanya hebat-hebat tetapi kalau di beri peluang untuk memilih, aku akan lebih tertarik kepada brand Itali. Tak tau kenapa...
MV Agusta, Ducati, Aprillia memang dah lama aku minat. Skuter Piaggio pulak memang jauh lebih 'sylo' dari mana-mana skuter buatan Jepun. Apa dia yang ada pada produk-produk Itali ni yang membuat kan mereka begitu menarik sekali?
Apakah yang mendorong pereka-pereka Itali sehingga mereka boleh mencipta barang-barang yang teramatlah lawa? Bukan terhad kepada kereta dan motor sahaja. Brand-brand terkemuka dunia berasal dari Itali. Giorgio Armani, Versace, Fendi, Panerai etc...
Apa yang diorang makan?
Thursday, October 23, 2008
Kueh-Mueh...
Wednesday, October 22, 2008
Konflik Diri 2...
Aku tengah berfikir, yang mana satu sistem yang terbaik. Kedua-dua nya ada baik dan buruk. Tetapi, sejak kebelakangan ni, aku seolah telah mendapat satu 'epiphany'. Ianya tidak datang secara mengejut, tetapi secara perlahan. Semasa aku sedang menunggang motor aku, semasa aku sedang memandu boss aku, semasa aku sedang menunggu.
Aku rasa, kelemahan bukan nya pada kedua-dua sistem itu sendiri, tetapi pada pengamal sistem-sistem tersebut.
Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.
Sifat tamak dan haloba akan menggagalkan kapitalisme. (Tanya Adik-Beradik Lehman kalau tak percaya.)
Pencarian tanpa henti keuntungan maksima tanpa menghiraukan mereka-mereka yang tercicir di dalam arus pembangunan akan menggagalkan kapitalisme.
Tangan Halimunan akan membantu ramai di antara kita tetapi bukan semua.
Tangan Halimunan tidak akan menolong mereka yang lemah, yang miskin, yang berkelas rendah, yang tidak bermodal.
Jangan lupa, kepentingan diri adalah satu dorongan yang amat kuat di dalam hati manusia.
Apabila keuntungan besar terbujur di atas meja, siapa di antara kita yang sanggup memeluk tubuh, buat tak tahu?
Apa yang kamu buat sekiranya peluang tersebut terbuka kepada kamu?
Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.
Pada hakikatnya, kapitalisme tidak menggalakkan penanaman modal di dalam aktiviti yang tidak menguntungkan. Tidak ada sistem di dalam kapitalisme yang boleh digunakan untuk membantu golongan miskin. Mereka hanya boleh di bantu hanya melalui 'campur tangan' kerajaan yang memerintah (cara yang tidak digemari oleh sistem kapitalisme) ataupun melalui sifat 'filantropik' pemegang-pemegang modal yang besar. Dalam kapitalisme, orang miskin hanyalah sumber pekerja yang murah dan mudah diperalat.
Dalam sosialisme pula, sifat angkuh dan korupsi para pemimpin dan wakil-wakil kerajaan akan menggagalkan sosialisme.
Sifat angkuh pegawai dan pemimpin kerajaan adalah tanah yang subur untuk menyemai korupsi.
Undang-undang ketat tidak akan menghalang korupsi.
Sifat tamak manusia akan muncul kembali.
Jangan lupa, kepentingan diri adalah satu dorongan yang amat kuat di dalam hati manusia.
Mereka yang memegang kuasa akan memastikan kuasa mereka tidak akan hilang.
Pagawai berpangkat rendah, 'bakshish' nya rendah. Pemimpin yang tinggi, 'bakshish' nya tinggi.
Apabila semuanya 'bisa di atur', masyarakat yang rugi.
Suara-suara yang 'sumbang' akan disenyapkan.
Penentang-penentang sistem akan di'hilangkan'.
Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.
Secara teorinya, kapitalisme menggalak kan inovasi, kecekapan dan penjimatan.
Secara teorinya, sosialisme memelihara hak, maruah dan kepentingan semua.
Secara teorinya...
Tetapi...
Berapa ramai di antara kita yang akan menolak peluang untuk mendapatkan keuntungan segera?
Siapa di antara kita yang boleh berkata nilai moral ku tinggi dan kuat?
Siapa di antara kita yang mampu menolak wang dan kuasa sekiranya ia terhidang sedia di depan mata?
Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.
Jalan Kejora...
Tahniah DBKL!
Anda semua telah terang-terang MEMPERBODOHKAN diri kamu sendiri di khalayak ramai. Tindakan untuk menamakan semula Jalan Alor kepada Jalan Kejora telah menunjuk kan KEBODOHAN dan KEDA'IFAN idea ahli-ahli Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertanggungjawab dalam hal ini.
Konon nya, disebabkan Jalan Alor terletak di kawasan Bukit Bintang, pihak DBKL ingin menjadi kan tema 'Bintang' sebagai tema kawasan tersebut. Jadi, jika mengikut 'lojik' itu, ahli-ahli Dewan telah merasa kan yang jalan-jalan di keliling kawasan tersebut kena lah mengikut 'tema bintang'.
Kejap... Kejap...
Aku nak gelak besar dulu...
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...
Jadinya, Jalan Alor dinamakan semula sebagai Jalan Kejora dan seterusnya dan seterusnya.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...
Aduiiiii! Sakit perut aku!
Tuesday, October 21, 2008
Boleh Start...
Aku tak tau apa yang buat motor aku meragam semalam. Bila aku balik dari kerja semalam, aku terus cuba start motor aku balik. 2 kali aku kick start, terus enjin hidup.
Rasa marah ada, rasa lega pun ada...
Aku kena bawak motor aku pergi bengkel hari ni. Kalau motor aku mati tengah jalan, lagi naya...
Monday, October 20, 2008
Sedang Menunggu...
---------------------------------------------------------------------------------------------
22 Oktober 2008
Aku baru dapat tau yang online release hanya akan di buat bulan November nanti.
Al Fatihah...
Al-Fatihah...
Semoga kisah perjuangan beliau tidak lagi di lupakan oleh golongan muda rakyat Malaysia akibat daripada 'pengolahan' sejarah yang di ajar di sekolah-sekolah kini.
History is written by the winners - Alex Haley
Aku MEMANG Benci Hari Isnin...
Terpaksa aku naik LRT nak pegi kerja. Dah lama aku tak naik LRT. Ada dalam 3-4 tahun kot.
Masa aku beratur nak beli tiket, aku pun teringat kembali kenapa aku BENCI teramat sangat nak guna 'public transport'.
Line nak beratur panjang. Lepas tu aku terpaksa lepaskan 2 tren sebab penuh sangat. Bila aku dapat naik, aku terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lain. Lepas tu aku kena turun kat Masjid Jamek sebab nak tukar line. Kena beratur beli tiket lagi. Lepas tu kena beratur lagi untuk menunggu tren. Kali ni aku terpaksa lepaskan 1 tren sebelum aku dapat naik. Nasib baik ofis aku dalam 5 minit berjalan kaki dari stesen KLCC.
Masa terbuang, lebih kurang 45 minit.
Oh ya... Lupa lak. Sampai-sampai je ofis, aku kena TIAU dengan boss sebab lambat.
Aku BENCI hari Isnin!
(Tolong terangkan kepada saya, siapa yang mencadangkan stesen Masjid Jamek dijadikan 2 bangunan yang berasingan? Kenapa saya perlu keluar dari satu stesen dan masuk ke stesen lain untuk tukar tren? Buat satu bangunan saja tak boleh ke? Macam London?)
Wednesday, October 15, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Harga Minyak Turun...
14/10 From tomorrow, RON 97 petrol reduced by 15sen to RM2.30; RON 92 petrol reduced by 10sen to RM2.20; diesel reduced by 20sen to RM2.20/STAR
Turun la lebih sikit wahai Datuk Menteri...
6 Hari Lagi...
Beberapa artikel di akhbar telah pun di tulis. Untuk membaca artikel-artikel tu, klik kat sini.
Yang agak menghairankan (?) ialah kekurangan pendedahan di akhbar Melayu. Kenapa ek? Hehehehe...
Thursday, October 9, 2008
Jom Makan...
"Belum boss."
"Jom. Ikut saya. Saya malas nak lepak ofis ni. Nak elak client bodoh tu."
"Yang datang tadi tu ke?"
"Ya. Dah berapa kali saya explain konsep, tak paham-paham jugak. Nak kata bebal, duit banyak. Pandai meniaga. Jom. Kita pegi lepak kat mamak belah hujung sana. Jauh sikit dari ofis."
"Orait boss."
Hehehehe... Makan free aku hari ni. Alhamdulillah...
Monday, October 6, 2008
Monday, September 29, 2008
Selamat Hari Raya...
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin!
Nak balik kampung dah ni...
'The Rempit Chronicles' akan offline seketika. Akan bersambung semula lepas raya nanti.
Johnny B. Rempit
Sunday, September 28, 2008
Selamat Ulangtahun Atuk...
Inilah motor yang telah membina Honda Motor Co. dari abu-abu kemusnahan Perang Dunia Kedua. Tanpa motor ni, tak akan ada motor-motor Honda lain, termasuk lah kereta-kereta Honda yang ada sekarang ni. Ni lah dia 'atuk' kepada CBR, VFR, Accord, Civic, CR-V, enjin VTEC, pasukan Formula 1 Honda, NSX dan bermacam macam lagi.
The Honda Super Cub has been around for 50 years now with more than 60 millions of the motorcycle on the road worldwide. The Super Cub had a convenient automatic centrifugal clutch and a four stroke economical and clean engine even back in 1957.
When R&D was done, the motorcycle was so revolutionary at that time that Honda targetted sales of 30,000 units a month at a time where the total sales for motorcycles a month in Japan was 40,000 units. Today it is still very much relevant in the current economic situation with, close to 5 million units produced annually.
What’s next for the Honda Super Cub? Honda has produced a new global advertisement for the Super Cub and if whatever they are saying in the ad is true, they are determined to make a product that will open roads to a much larger success compared to the Super Cub.
Could there be an electric equivalent of the Honda Super Cub? It could be, as the commercial video shows two people riding what seems to be a bike… but the background is silent, as if the bike runs on a quiet motor.
Selamat Ulangtahun Atuk!
(Artikel dalam Bahasa Inggeris aku amik dari PaulTan.Org, sebuah blog automotif yang terkenal.)
P.S. - Aku pernah tulis pasal Honda Cub satu ketika dulu. Kalau nak baca, klik sini.
Thursday, September 25, 2008
Konflik Diri...
Aku rasa falsafah politik diri aku berat ke arah sosialis, tapi ada aspek-aspek sistem kapitalis yang aku suka, malah minat gila...
Aku sayang kasut-kasut Nike dan Adidas dan Converse aku. Aku suka Dunk dan Air Force One aku. Aku suka Samba dan Campus aku. Aku suka All Star 'leather' dan One Star aku. Aku suka mengumpul duit untuk membeli kasut-kasut mahal aku. 'Thrill' di dalam hati bila ada ter'jumpa' model 'deadstock' yang 'rare' di kedai bundle, Tuhan saja yang tahu. Tapi aku tau ada kilang-kilang Nike dan Adidas yang mengeksploitasi kadar gaji rendah di negara-negara dunia ketiga dengan mendirikan kilang-kilang mereka di situ. Eksploitasi buruh tu! Dosa besar dalam sosialisme!
Aku amat meminati kereta-kereta berprestasi tinggi yang berjenama. Aku sering berangan yang satu hari nanti, aku akan mampu memiliki kereta-kereta berkualiti tinggi ni. Lagi-lagi yang berjenama 'Bintang Bucu Tiga'. Buat masa ni, aku hanya mampu beli majalah kereta je tapi aku yakin sekiranya aku dapat rezeki lebih, aku akan beli kereta-kereta mahal ni. Tapi aku tau yang kereta-kereta macam ni merupakan antara simbol paling utuh kekuatan sistem kapitalis. Simbol paling jelas yang membezakan jurang di antara golongan ber'modal' a.k.a. bourgeoisie dengan golongan 'working class' a.k.a. proletariat.
Aku suka Coke! Aku tak peduli apa orang cakap. Aku tau yang Coke banyak gula, tak baik untuk kesihatan. Aku cukup 'hangin' bila ada sesetengah kedai runcit tak jual minuman kegemaran aku ni. ("Aku tak nak Pepsi, 7-Up, Sprite, 100 Plus, Red Bull! Aku nak Coke!") Malahan, dunia mengakui yang Coke merupakan salah satu simbol 'de facto' sistem kapitalis. Bila Tembok Berlin runtuh, apa yang penduduk Berlin Timur cari dulu di Berlin Barat? Sebotol Coca Cola! Syarikat gergasi apa yang ada menjual produknya, di hampir semua negara di seluruh dunia? Coca Cola!
Seminggu sekali, aku akan ke McDonalds (simbol besar sistem kapitalis lagi...) untuk melantak Value Meal Big Mac Large! Kadang-kadang tu, aku tau yang bajet aku akan lari kalau aku beli, tapi aku tak peduli. Big Mac, segelas besar Coke, sebungkus besar french fries dan 2-3 batang rokok Mild Seven Lights... Fuhhhh! Puas hati bro!
Apakah aku ni 'sellout'? Tak 'true'? 'Proletariat' pura-pura? Ataupun aku ni memang seorang kapitalis tapi tak nak mengaku hakikat tersebut? Terbawa-bawa dek arus tsunami pergerakan politik terkini?
Pening kepala aku...
(Panadol memang sesuai sekarang...)
Wednesday, September 24, 2008
Komrad-Komrad Proletariat di KL...
Kalau nak laju, memang motor lain lagi laju. Kalau nak lawa, memang motor lain ada yang lagi lawa. Tapi kalau setakat nak pergi dari A ke B tanpa banyak songe, tak ada motor lain yang lebih baik. Tak percaya, pegi tanya mat despatch, pegi tanya mamat yang jual suratkhabar.
Sekarang, di zaman minyak mahal ni, mamat kerje ofis pun bawak EX5.
Makna 'Proletariat'...
Bagi mereka yang tak berapa faham makna perkataan tu, aku ada sediakan beberapa definisi perkataan tu kat bawah. Bagi mereka-mereka yang 'speek no inglish' (kamu tahu kamu siapa), aku ada gak cari definisi ayat tu dari Dewan Bahasa. Hehehe...
-The working class, especially those who lack capital and must sell their unskilled labour in order to survive.
-Wage workers. From the Communist Manifesto: "By proletariat [is meant] the class of modern wage laborers, who, having no means of production of their own, are reduced to selling their labor-power in order to live."
-Term given to the working class people in society.
-The working class, as it is referred to in Karl Marx’ Communist Manifesto. Marx predicts the eventual overtake of the Government by the Proletariat.
-golongan proletar; kaum buruh.
Aku tak sabar nak tengok dokumentari ni...
Saturday, September 20, 2008
Apa Hisham Kata (4)...
"bincang mat rempit naik salji mat rempit sendiri pun tak ambil pot....kah kah kah…."
Baca la post penuh dia. Klik kat sini.
Thursday, September 18, 2008
Macam Coca Cola, McD dan Pai Epal...
"Ha'ah. Kenapa?"
"Owner MU orang Amerika kan? Apa nama dia? Glazer ke..."
"Betul tu. Malcolm Glazer."
"Sponsor terbesar United pun kompeni US gak kan? AIG?"
"Ye kot. Nama diorang ada kat jersi."
"Hehehehe..."
"Apahal lak ko ni? Tersengih-sengih..."
"Nampaknya sponsor terbesar MU bukan AIG lagi dah. Sponsor terbesar MU sekarang rakyat Amerika. Hahahaha... MU patut letak bendera US kat jersi diorang. Hahaha..."
"Huh? Apa ko melalut ni?"
"Ko tak baca paper ke? Cuba ko tengok CNN kejap lagi. Sekarang, kalau bab bisnes takde cerita lain dah. Bank Federal Reserve dah ambil alih AIG. Bank Pusat Amerika dah takeover AIG. 85 billion dolar bro!"
"Habis tu? Apa kena mengena dengan United?"
"Geng. Bank Federal Reserve ni bank pusat kerajaan US. Macam Bank Negara diorang la. Siapa pemegang saham terbesar Bank Federal Reserve? Kerajaan Amerika. Siapa pemegang saham terbesar kerajaan Amerika? Rakyat Amerika la... Nak dipendek kan cerita, dah la sekarang ni owner MU orang Amerika, sponsor MU lak rakyat Amerika biasa. Patutnya logo AIG tu buang, cop bendera US besao-besao kat dada tu. Hahahahaha..."
Wednesday, September 17, 2008
Sequel '10 Tahun Sebelum Merdeka'...
Dengar sini semua!
Kepada semua peminat-peminat dokumentari '10 Tahun Sebelum Merdeka' arahan Fahmi Reza! Sequel kepada dokumentari tersebut akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.
Detail lebih lanjut boleh korang dapat dari situ. Aku pun dah ada sediakan link ke blog tu kat sebelah.
Dokumentari '10 Tahun' lah yang telah membuka mata aku tentang sejarah Malaysia. Masa aku sekolah dulu, sikit sangat yang di ajar mengenai aspek perjuangan kemerdekaan oleh kumpulan sayap kiri. Cikgu aku ajar yang pejuang-pejuang sayap kiri ni semuanya 'sesat', semuanya 'komunis' yang 'tak bertuhan'. Sekarang baru aku tahu...
Ni bukan nya aku cakap kosong. Aku sendiri dah baca 2-3 buku yang Fahmi Reza rekomen. Aku mengaku yang aku ni jahil dalam bab sejarah Malaysia ni. Aku mengaku yang aku fail Sejarah masa SPM aku dulu. Aku memang benci teramat sangat subjek tu. Aku sendiri tak minat dan cikgu pun tak minat nak ajar aku! Sinergistik! Hahaha...
'10 Tahun' memang telah membuka mata aku. Sejak aku tengok dokumentari tu lah aku mula mengenali Allahyarham Rustam A. Sani. Aku mula mengenali beliau melalui blog '10 Tahun'. Perjuangan beliau dan juga bapanya.
Aku ingat lagi... Aku ada kena hantar dokumen kat Wisma Selangor Dredging. Boss takde kat ofis. Ada peluang nak ronda-ronda kat KLCC. Aku beli buku 'Social Roots of the Malay Left' kat Kinokuniya pada hari yang sama arwah meninggal. Ironik tak? Sebelum aku tengok '10 Tahun', aku langsung tak pernah dengar nama dia. Tak pernah langsung. Sikit pun...
Sekarang, aku akan tunggu dokumentari terbaru Fahmi Reza. Kalau '10 Tahun' dapat membuka mata aku, aku yakin yang 'Revolusi '48' akan membuka mata aku dengan lebih luas lagi.
Tuesday, September 16, 2008
Apa Hisham Kata (3)...
Happy Malaysia Day!
Monday, September 8, 2008
Honda CBR 600RR 2009...
Apa Hisham Kata (2)...
Ayat terakhir dalam satu karya 'Isham 2504'. Kalau nak baca sepenuhnya karya dia, klik sini.
Hahahaha...
Saturday, September 6, 2008
Sedap siooottt!!!
"Bandar Sri Permaisuri."
"Apa ko buat kat sana? Takde benda kat sana."
"Aku kena pegi JPJ tadi. Boss aku suruh renew roadtax dia. Kat situ ada pasar Ramadhan. Lepas aku settle kerje boss aku, aku tengok-tengok jap apa yang ada. Caya tak nasik beriyani dia?"
"Sedap siooot! Ni mesti orang Melayu buat. Betul?"
"Ha'ah."
"Memang layan bro. Tak macam kat kedai mamak."
"Eh... Ko boleh tutup mulut ko kejap tak. Aku tengah bukak puasa ni. Lapar tau, lapar!"
"Rilek la bro... Hehehe... Takpe. Besok aku belanja ko bukak puasa pulak. Amacam?"
"Canteeek!"
Thursday, September 4, 2008
Al Fatihah Buat Pak Samad...
Banyak yang boleh kita pelajari dari arwah Pak Samad. Beliau adalah sumber inspirasi kepada berpuluh-puluh wartawan Malaysia. Hasil penulisan beliau akan sentiasa di ingati, di tela'ah oleh budak-budak di bangku sekolah dan pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Integriti beliau patut di teladani, keikhlasan beliau patut di contohi. Dunia kewartawanan Malaysia akan menjadi suram tanpanya.
Kita patut memperingati jasa-jasa arwah kepada negara kita. Tidak ramai tokoh-tokoh di Malaysia yang boleh kita contohi tetapi beliau adalah salah satu di antara mereka yang patut kita sama-sama teladani.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap takziah kepada keluarga arwah Pak Samad. Kehilangan beliau amat dirasai oleh saya, seorang pemerhati jauh, apatah lagi kepada keluarganya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Al Fatihah...
Apa Hisham Kata (First Edition)...
Jadi, untuk edisi pertama, aku amik kata-kata dia dari blog dia 'Tukar Tiub'. (Kalau korang perasan, aku dah ada link dia kat sebelah. Hehehe...)
Kalau tak ada duit nak beli baju dan seluar baru
Pergi kedai BUNDLE – jamin memuaskan.
Sapa tak tahu apa itu kedai BUNDLE – dia tak cool.
Kalau tak tahu apa cool – masuk Sintok.
Hahahaha...
Wednesday, September 3, 2008
Lapar Mata Dari Perut...
Tuesday, September 2, 2008
SMS Sambut Puasa...
"Bulan puasa ni klau nak buat jahat tanya iman. Iman pasti kata jangan. Jangan tanya Aiman nanti dia kata "Aiman tak kisah". Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak."
"Semoga Allah jadikan..subuhmu cahaya, zohormu gembira, asarmu seronok, maqribmu keampunan, isyakmu keamanan dan doamu tidak ditolak dan diluaskan rezkimu serta ianya tidak diambil balik dan dibuka pada mu pintu syurga tanpa sempadan. SELAMAT BERPUASA."
Panjang-panjang SMS yang korang hantar kat aku. Terima Kasih aku ucapkan pada semua yang sudi hantar SMS kat aku. Yang aku balas pendek je...
"Puasa Yang Yok... Pagi-pagi dah hisap rokok... Selamat Berpuasa!"
Hahahahaha...
(Puasa, jangan tak puasa!)
Friday, August 29, 2008
Siapa Yang Bayar???
"Apa lak yang ko melalut ni?"
"Ko tengok ni!"
"Woitt! Dah sambung balik! Bila ko bayar?"
"Aku takde bayar apa-apa pun. Ko yang bayar bil kan?"
"Bila masa lak aku bayar? Kan aku dah kata yang aku takde duit. Ni ha! Cek gaji aku. Baru je dapat tadi. Tak sempat bank-in pun."
"Ehhh! Kalau kau belum bayar, aku belum bayar, siapa yang bayar?"
"Lantak lah. Janji aku nak tengok cerita fevret aku malam ni."
"Ehhh! Siapa yang bayar hah?"
"Pedulik apa aku! Yang aku tau, bahagian aku untuk bil-bil lepas aku akan tetap setelkan. Diorang tersilap sambung line ke, silap kerani ke, hape ke, malam ni, gua nak layan American Chopper."
"Betul gak cakap ko tu. Lantak la! Malam ni kita layan American Chopper! Hahaha..."
"Woooohoooo!"
Thursday, August 28, 2008
MCMC Memang PANDAI...
Tak pe...
Dunia maya internet adalah terlalu luas. Tanpa sempadan, tanpa sekatan. Pernah dengar perkataan 'mirror site' tak, wahai MCMC? Aku rasa, semua budak tech yang kerja kat MCMC tu tau. Itu pun cuma satu taktik dari banyak taktik yang boleh digunakan untuk 'circumvent' arahan MCMC tu.
Tak pe...
Kita boleh cari. Seperti kata Hishamudin Rais, "Lebai Google ada. Pakcik Yahoo pun ada."
Aku tak tau la pendapat korang, tapi kalau aku nak sesuatu, dan benda yang aku nak tu susah nak dapat, aku akan tetap cari.
Tuesday, August 26, 2008
Bulan Depan Boleh Kot...
"Ok lah. Aku pun bukannye ada duit pun sekarang."
"Aduiii... Aku rindu betul American Chopper."
"Ko buat la show ko sendiri. Malaysian Rempit! Amacam? Beran?"
"Duit nak bayar bil Astro pun takda, mau cerita pasal bikin show kat tv. Piiiiirraaahhh!"
"Alamak. Keluar cakap Penang nampak!"
"Hang kalau nak kena pukui, hang buat lawak lagi macam tu!"
"Hahahaha..."
Thursday, August 21, 2008
Iklan Bergerak a.k.a. Kenapa Semua Orang Pakai Jersi Bola? (Part 2)...
"Takpe. Banyak masa lagi. Saya dah agak dah jalan mesti jam. Awak minat bola tak?"
"Minat boss."
"Season EPL baru je start kan.? Awak sokong team mana?"
"Liverpool la boss."
"Main sponsor Liverpool Carlsberg kan?"
"Ha'ah."
"Awak ada jersi official? Yang original?"
"Mesti la ada boss. Peminat sejati mesti ada jersi ori."
"Awak ni pun sama je macam orang lain. Tak sedar yang kamu kena tipu hidup-hidup."
"Kena tipu?"
"Ye. Kena tipu. Saya nak tanya awak satu soalan je. Berapa Carlsberg bayar awak untuk tayang logo diorang kat dada awak tu?"
"Mana ada bayar apa-apa. Logo tu ada kat semua jersi rasmi boss. Team lain pun macam tu."
"Saya tau. Tapi dalam kes awak ni, Carlsberg tak bayar awak apa-apa kan? Betul tak?"
"Betul boss."
"Sebab tu la saya cakap yang awak ni kena tipu. Awak dan semua orang yang suka sangat pakai jersi official team masing-masing. Awak sedar tak yang Liverpool dibayar berjuta-juta pound supaya logo Carlsberg tu boleh di cop kat jersi tu. Yang dapat untung team dengan player. Diorang dibayar beribu-ribu pound seminggu untuk pamer logo tu. Diorang yang dapat duit. Yang awak dapat apa? Awak yang kena keluar duit nak beli jersi official. Yang awak cakap ori tu. Carlsberg ada bayar awak ke nak promote beer diorang?"
"Tapi semua fan pakai jersi boss. Kalau ori lagi cool."
"Saya tau tu. Tapi awak fikir baik-baik. Jersi ori awak tu mesti mahal, betul tak? Awak beli jersi mahal-mahal macam tu, tapi si Carlsberg ni dapat promote beer diorang secara percuma? Mana-mana awak berjalan pakai jersi tu, orang akan tengok logo tu. Patutnya, fan macam awak ni dibayar. Awak yang berjalan ke hulu ke hilir pakai jersi tu.. Betul tak? Sama la macam team lain. Kalau MU, yang sponsor dia siapa? AIG kan? Fan United dapat diskaun ke kalau beli insuran AIG?"
"Tapi jersi official lawa boss."
"Macam ni lah. Kalau awak minat sangat Liverpool, awak nak sangat sokong Liverpool, awak beli t-shirt fan club dia. Tak pun awak cari jersi lama diorang. Jersi lama dari zaman sebelum ada logo sponsor. Janji tak ada logo sponsor. Baru la betul. Duit awak akan pergi ke fan club. Yang awak sokong team bola tu. Bukan company yang sponsor team bola tu. Diorang dah banyak duit. Awak nak tolong company besar-besar tu buat apa? Betul tak?"
Betul gak apa yang boss aku cakap ni. Aku pun dah macam jadi ahli Kelab Jeket Terbalik, main ikut je semua orang...
Wednesday, August 20, 2008
Iklan Bergerak a.k.a. Kenapa Semua Orang Pakai Jersi Bola? (Part 1)...
"Boleh boss."
"Jom. Bawak saya pegi GE Mall. Saya nak jumpa client."
"Orait."
"Awak boleh bawak Mercedes kan?"
"Boleh boss. Kan hari tu saya ada ganti Pakcik Apai kejap."
"Oh ye..."
Tuesday, August 19, 2008
Tahniah Chong Wei...
Tahniah Chong Wei!
Aku Rindu American Chopper...
"Alamaaak! Time Olimpik lak kena potong."
"Dah tiga bulan dah ke?"
"Ye la kot."
"Aduiiii... Duit aku dah tinggal sikit dah ni."
"Aku pun. Setakat duit minyak motor aku dengan makan aku cukup la."
"Nampak gaya kita kena lepak mamak la kalau nak tengok Olimpik."
"RTM kan ada?"
"Kepala hotak kau! Aku dah tak tengok dah channel tu."
"Alamaaaak! Baru aku teringat! American Chopper!"
"American Chopper!"
"Ahhhh! Tidaaaaaak!"
Thursday, August 14, 2008
Toilet kat mana?
"Apa hal lak ko ni?"
"Ramai lak awek tengah tunggu lif masa tu. Adui..."
"Wei! Ko membebel kat sapa ni? Sakit kepala aku ko tau tak!"
"Tadi la... Boss aku suruh aku hantar dokumen pegi MITI."
"Habis tu?"
"Masa kat sana, aku nak terkencing. Aku malas nak mencari, so aku straight tanya la ada satu makcik ni. Masa tu aku tak perasan sebelah dia ada satu minah cun."
"A'haaa..."
"Aku tanya la makcik ni... Makcik. Tumpang tanya. Bilik air kat mana? Lepas tu ko tau apa makcik ni jawab?"
"Entah lah geng... Apa yang makcik tu jawab?"
"Awak tak nampak ke sign kat atas tu? Aku pun heran la. Sign tu tulis 'Washroom' makcik. Bukan 'Toilet'..."
"HAHAHAHAHAHA... Ko memang terang-terang tak habis sekolah!"
"Lahanat ko! Cibai! Puki!"
"Washroom tu toilet la bodoh... Hahahaha... Memang patut pun ko kene gelak. Hahaha...!"
Monday, August 11, 2008
Try sekali je...
“Tak nak.”
“Ko ni kenapa? Tak mati nye! Semua orang dah pernah try.”
“Ko dengar tak apa aku cakap tadi?”
“Sekali je... Betul geng. Dia punya syok dia... Pehhh! Aku cakap kat ko sekarang ni pun aku dah berdebar dah. Betul...”
“Tak nak.”
“Jumaat depan. Mau? Aku ikut ko sekali la. Barang aku boleh carikan. Jom aaaa....”
“Apa yang best sangat benda tu?”
“Meh sini aku cerit skiiiittt... Dia punya feel geng. Aku nak cerita kat ko pun aku rasa aku tak tau mana nak mula. Dia punya rasa... Pehhh! Sekali je geng. Sekali je seumur hidup geng! Kena rasa siot!”
“Detail la sikit geng. Ko gak yang suruh aku try.”
“Dia macam ni geng. Ko bayangkan benda paling best yang ko pernah rasa, lepas tu ko gandakan pengalaman tu 100 kali.”
“Ye ke?”
“Betul... Tada tipu punya. Amacam? Jumaat depan mau? Aku boleh ajak 2-3 orang member-member aku. Ko jangan takut geng. Aku akan ajak budak-budak yang boleh dipercayai je geng. Aku pun tak nak kecoh-kecoh. Kalau ramai sangat kecoh lak nanti. Aku nak ko rasa sekaliiiii je.”
“Jumaat depan?”
“Mau?”
“Tak nak.”
“Jom aaaa....”
“Tak nak ah!”
“Apa yang ko takut sangat ni?”
“Bukan aku takut. Dah aku memang tak minat benda ni.”
“Sekaliiiii je geng... Ko tak kan menyesal punya. Aku siap ada satu pot baek punya. Kita boleh lepak, rilek-rilek, tengok DVD. Ko nak ajak awek ko pun aku tak kisah. Kita boleh chill geng. Takda orang kacau punya.”
“Mana lak ko belajar perkataan chill tu?”
“Alaaaa... Jom aaa... Aku gerenti best punya!”
“Tak nak.”
“Ko ni hampeh la. Hampeh tau? Hampeh.”
“Puki!”
Bil Internet...
“Kak. Boss dah bayar dah bil internet?”
“Dah.”
“Wooohoo...! Bila dia bayar kak? Selalu bil-bil ofis saya yang pegi bayar. Tak dapat pun.”
“Masa tu awak cuti. Akak yang kene jadi runner masa tu.”
“Caya lah... Kak? Masa lunch nanti saya pinjam jap PC kakak ehh? Boleh laaa....”
“Akak tak kisah. Tapi awak jangan nak mengada-ngada cari porno kat PC akak lak. Akak sumpah awak jadi katak baru tau.”
“Hishhhhh...! Akak ni... Saya nak update blog saya.”
“Awak ada blog ke? Bagi la address. Boleh akak baca.”
“Tak nak lah. Malu...”
“Mengada la tu.”
"Hehehehe...”
Thursday, July 24, 2008
Denggi...
"Belum lagi kot. Aku rasa aku baru dalam 80% lagi. Belum full lagi."
"Macam mana ko boleh kena denggi ni? Aku pun heran. Ko sorang je yang kena kat area ni."
"Mana la aku tau. Aku rasa masa aku pegi ikut boss aku hari tu kot."
"Hahaha..."
"Ko gelak kat aku ehh! Nanti ko kena baru ko tau!"
"Takpe. Kurang-kurang aku tau ko boleh jaga aku. Hahaha..."
"Lahanat!"
Wednesday, July 2, 2008
Album Flickr Aku...
Trip ke Segamat 2...
"Apa yang best pulak?"
"Diorang melepak je. Satu hari suntuk diorang melepak, main domino kat kedai kopi."
"Melepak? Ye ke?"
"Serius! Semalam kan aku bawak boss aku pergi site visit. Kat ada satu Felda kat Segamat. Kan aku ada cakap kat kau semalam."
"Oh yee..."
"Diorang lepaaaak je geng."
"Diorang tak menoreh ke? Felda tu tanam getah ke sawit?"
"Getah. Semua yang lepak tu tuan-tuan tanah."
"Mana ko tau ni?"
"Aku tanya diorang sendiri geng. Mula-mula aku lepak dengan boss aku kat ada satu kedai kopi ni. Masa aku masuk, diorang dah rancak dah main domino. Riuh siot! Ada la dekat 20 orang lebih tengah main. Aku sendiri nampak diorang open dekat 4 table."
"Mak aiiii..."
"Aku tengah lepak dengan boss aku masa tu. Tapi bila budak-budak sub-kon dia dah datang, aku pun pindah la meja sebelah. Aku malas la nak campur sangat dengan diorang masa tu. Time tu la aku mula borak dengan satu pakcik ni. Aku tanya la dia, yang main domino tu siapa. Dia cakap semua tu peneroka. Aku pun tanya lagi, habis tu getah siapa yang toreh. Dia pun jawab, Indon le. Siapa lagi."
"Mamat Indon toreh getah Felda?"
"Hah! Diorang dapat upah singgit sekilo geng. Aku pun tanya lagi pakcik tu, dalam sehari boleh dapat hasil berapa banyak."
"Pakcik tu jawab apa?"
"Sehari boleh dapat dalam 100 kilo. Itu pun diorang toreh 5 ekar sehari. Kalau diorang kerja full 10 ekar, dapat 2 kali ganda. Sehari serat tu geng. Itu pun diorang toreh selang sehari."
"Seribu steng sebulan tu bruder!"
"Tu la pasal! Kalau diorang takde off? Tiga ribu sebulan tu geng!"
"Aku pernah toreh getah masa aku kecik-kecik dulu geng!"
"Aku pun!"
"SERIBU STENG SEBULAN TU GENG!!! Paling kuat pun dalam pukul 1 dah setel dah kerje."
"Kalau Mamat Indon boleh buta-buta buat duit sampai macam tu, ko bayangkan tuan-tuan tanah Felda tu. Sekarang sekerap bole pegi dalam 3 lebih sekilo."
"Pehh..."
"Best betul kalau aku ada tanah kat kampung. Boleh aku tanam sawit. Upah Indon jaga kebun aku, kolek duit hari-hari. Petang-petang lepak kat kedai kopi, malam tengok tv, main dengan bini."
(Aku amik gambar ni kena sorok-sorok sikit. Aku takut bergaduh nanti. Hehehe...)
Trip ke Segamat 1...
Dia suruh aku tunggu dia kat ofis awal sikit. Jadi, pukul 7 pagi aku dah sampai depan pintu ofis. Dia pun sampai dalam 5 minit lepas tu.
"Jom. Kita berenti makan kat highway nanti."
"Orait boss."
"Awak reti tak bawak Mercedes?"
"Boleh. Tak ada hal boss. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Ni nak pergi site visit kan? Baik boss pakai lori pikap ofis. Nampak macam kontraktor sikit."
"Ye tak ye jugak... Awak tunggu sini kejap. Saya naik atas ambik kunci Ranger."
"Ok boss."
Jam 7.15 kita pun mulakan perjalanan. Aku jadi drebar, boss aku duduk sebelah. Seperti biasa, kalau ada masa terluang sikit, dia mula la main telefon. Habis dia call semua orang yang ada kaitan dengan projek dia tu. Kontraktor sub dia call, kontek dia kat Segamat, member dia kat JB, bini dia pun sempat gak dia hallo.
"Jap lagi kita berenti kat Ayer Keroh. Awak belum makan kan?"
"Belum lagi."
"Ok. Saya pun dah lapar ni. Awak jangan miss pulak RnR tu."
"Makan mana boleh miss boss."
"Tau takpe."
Thursday, June 26, 2008
Awek Jepun...
Sambil-sambil aku pikir apa nak post kat blog aku hari ni, aku pun jenguk la kat TV Smith's Dua Sen.
Woooohoooo!
Gambar kat bawah tu hanya sampel je. Kalau nak tengok koleksi penuh, boleh klik sini ataupun kat link yang aku dah sediakan kat belah tepi ni.
Enjoys!
(Gambar ni bukan aku yang amik tau. Aku amik ni dari site TV SMITH's Dua Sen. Jangan memplagiat hasil kerja orang lain!)
Boss Balik Kampung...
Boss aku balik kampung hari ni. Boleh la aku lepak kat ofis, kacau-kacau orang lain yang nak buat 'kerja'.
Hahaha...
Tuesday, June 24, 2008
Jom Protes...
Jom kita pergi Protes ramai-ramai kat Padang Timur, PJ (depan AmCorp Mall) pada 6 Julai 2008 nanti. Untik maklumat lanjut, sila ke laman blog Protes 2008.
Borak Dengan Member...
"Famili aku orang susah. Aku kena tolong orang tua aku sara adik-adik aku. Lepas je form 5 aku terus datang KL."
"Form 5? Ko ada sijil SPM?"
"Ada. Apa? Ko ingat aku ni bodoh sangat ke?"
"Takde la. Aku ni lepas form 3 aku dah chow dah. Aku tak minat. Aku terus jumpa bapak aku, aku cakap kat dia yang aku nak kerje. Dia pun tak nak paksa aku buat benda yang memang aku tak minat. Dia tau aku akan buat perangai punye kalau aku pergi sekolah. Dia hantar aku pergi KL. Duduk dengan makcik aku kat Selayang."
"Ohhh... Yang jual nasi lemak tu?"
"Ha'ah. Lima tahun aku jual nasi lemak geng. Tolong makcik aku. Sebab tu la kalau makcik aku nak aku tolong dia buat kerja sikit-sikit, aku pergi. Aku memang banyak terhutang budi dengan dia."
"Ohh..."
"Pandai gak ko ni kan? Ada SPM rupanya. Hehehe..."
"Tu la. SPM aku boleh tahan gak. Kalau aku mintak jurusan bidang teknikal aku rasa aku boleh dapat tau. Kalau nak masuk universiti tu memang tak boleh la."
"Habis tu, kenapa ko tak sambung belajar?"
"Famili aku orang susah geng. Memang la betul aku boleh mintak bantuan. Tapi adik-adik aku ramai. Orang tua aku pulak dah tak larat nak buat kerja berat-berat lagi dah. Aku kesian kat diorang. Ko pernah try angkat kelapa sawit tak geng? Satu tandan saja dah lebih kurang 30 kilo lebih ko tau... Aku tak sampai hati tengok bapak aku buat kerja berat macam tu."
"Ko takde nak try ke sambung belajar balik?"
"Dalam hati aku ada gak terlintas nak sambung belajar balik. Tapi aku kena cari duit dulu la sikit... Aku pernah cerita tak kat kau yang aku pernah apply senyap-senyap nak sambung belajar kat GMI?"
"GMI? Ohhh... German-Malaysian Institute. Aku tau. Aku tau. Ko dapat tak?"
"Dapat."
"Habis tu... Apasal ko tak sambung?"
"Macam yang aku cakap tadi la. Duit takde. Famili kat kampung aku kena tolong tanggung. Terpaksa la aku korbankan cita-cita aku. Apa boleh buat geng... Tuhan saja yang tau betapa remuknya hati aku masa tu..."
"Ohhh..."
Monday, June 23, 2008
Mak Oiii...
Aku Memang Benci Hari Isnin...
AKU BENCI HARI ISNIN!
Sekian
Terima Kasih...
Thursday, June 19, 2008
Pergi Pejabat Pos...
"Rebat? Amende tu?"
"Rebat! Ala... Duit yang kerajaan nak bagi kat pemilik kenderaan tu."
"Rebate! Rebat... Rebat... Sebut betul-betul. Ree-Bate."
"Dalam paper tulis 'Rebat'."
"Tu la kau. Masa sekolah dulu ponteng, main-main."
"Masa aku sekolah dulu mana la aku tau semua ni. Cikgu pun suruh cakap Melayu baku masa tu. English aku hancor."
"Kalau dah tau English ko hancor, pegi la belajar. Bukannye susah sangat. Pegi la baca paper English. Ofis ko kan ada beli. Baca je la hari-hari. Ni asyik cari Kosmo je, macam mana nak pandai. Masa tengok tv, tengok la cerita mat saleh. Lama-lama ko boleh paham gak."
"Ye ke?"
"Ko percaya la cakap aku ni. Dulu aku pun sama bodoh gak macam ko. English aku pun hancor gak. Tapi sejak aku sampai KL ni aku ada belajar satu benda yang amat penting kalau ko nak maju kat sini. Agak-agak apa geng?"
"English kena bagus."
"Pandai pun..."
Terima Kasih...
"Tingkat 2."
"Bahagian perlesenan ke?"
"Ye kot. Boss saya suruh hantar dokumen dia. Kat kaunter 2 dia cakap tadi. Kaunter 2, tingkat 2."
"Ok. Tolong tingalkan IC atau lesen abang."
"Nah."
"Terima kasih."
"Sama-sama."
Pehhh... Lawa gak awek sekuriti kat kaunter tu tadi. Panggil aku 'Abang'. Ada can kot! Hehehe...
Tuesday, June 17, 2008
Pinjam Meminjam...
"Berapa ko nak?"
"Serat ke, dua rat lagi bagus. Aku dapat gaji nanti aku bayar balik."
"Betul ko dah kering sekarang?"
"Betul geng. Aku ada 20 ringgit je sekarang."
"Mana pegi duit ko? Sekarang baru tengah bulan."
"Aku terpaksa hantar extra kat mak aku bulan ni. Adik aku punya belanja sekolah la tu."
"Ok. Ok. Aku boleh spare kan ko dalam serat je."
"Terima kasih geng. Aku janji bila gaji aku masuk je aku bayar ko balik."
"Ko dah makan dah?"
"Belum."
"Jom. Aku belanja ko hari ni."
Monday, June 16, 2008
Serius Semacam...
"Masa untuk lepak dan main-main dah habis. Sekarang masa serius. Hidup makin susah. Duit kena cari."
"Aku tau la... Aku pun susah sekarang. Tapi nak buat macam mana?"
"Nak buat macam mana? Kita kena berubah ke arah kebaikan sekarang. Aku dah tak nak lepak-lepak lagi. Aku dah tak nak buang masa aku lagi. Sekarang aku kena buat! Tak boleh pikir-pikir lagi dah. Masa untuk berpikir dah berlalu."
"Ko serius la ni?"
"Ye la."
"Kalau macam tu... Plan malam nanti jadi ke tak?"
"Plan apa?"
"Kan hari tu kita plan nak lepak kat Kg. Baru?"
"Ye ke... Kalau lepak kat Kg Baru aku on aje."
"Ehhh... Tadi baru je ko cakap nak serius! Tak nak buang masa lah, itu lah, ini lah..."
"Takpe. Besok aku start."
"Hampeh!"
Protes 2008...
Kalau korang minat dalam hal atau isu harga minyak, kat blog ni ada banyak benda-benda menarik yang boleh dibaca. Seperti biasa, aku ada sediakan link kat bawah dan juga kat ruang 'Site-Site Menarik' aku.
Untuk ke blog Protes 2008, klik je kat sini.
Saturday, June 14, 2008
Sibuk dan Menyibuk...
"Keluar jap."
"Jumpa awek ke?"
"Ada laa... Mana boleh cakap geng."
"Sudah la kau! Nak berahsia-rahsia lak dengan aku."
"Ko ni macam dah jadi bini aku lak kan? Sibuk-sibuk nak tanya aku pegi mana."
"Lahanat! Pergi kau dari sini!"
"Hahahahaha..."
"Wei!"
"Apa lagi?"
"Kirim rokok boleh?"
"Kirim salam boleh la."
Friday, June 13, 2008
KeranaMU...
Kampung Baru, 13 Jun 2008...
Kat atas tu adalah sebahagian dari gambar-gambar yang aku amik sendiri di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru, selepas saja solat Jumaat pada 13 Jun 2008...
Kalau nak tengok semua sekali, aku dah upload seluruh koleksi aku kat site Flickr aku.
"HIDUP RAKYAT!"
Wednesday, June 11, 2008
Road Block...
"Selamat pagi."
"Nak ke mana ni?"
"Nak pegi 7 Eleven kejap. Beli rokok."
"Tolong matikan enjin encik. Tolong tolak motor encik ke tepi sana."
"Ok."
"Boleh saya tengok lesen dan road tax?"
"Ok... Nah.."
"Ni lesen awak dah nak mati ni. Awak ada 2 hari je lagi."
"Tau encik. Saya dah perasan dah. Saya cadang nak buat besok pagi. Ermmm... Encik cari apa ni?"
"Ada kes rompak. Suspek naik motor. Model macam awak ni."
"Ohhh..."
"Ok. Awak boleh jalan."
"Terima kasih encik."
"Sama..."
Nasib baik lesen aku hidup lagi... Hahaha...
Tuesday, June 10, 2008
Pasar Minggu di Kampung Baru...
Disebabkan aku selalu lepak di Kampung Baru (sampai sekarang pun), pernah duduk dan pernah kerja kat situ kejap, Kampung Baru memang ada nilai sentimental bagi aku. Kampung Baru tempat yang begitu bersejarah bagi hidup aku. Kat situlah aku pertama kali mengenali hidup di KL. Segala pahit maung, kenangan manis dan yang menjerihkan yang pernah aku alami selama aku mula-mula duduk di KL, aku rasai dan alami kat Kampung Baru. Pertama kali aku tempuhi hidup berdikari, aku lalui di Kampung Baru. Member-member aku dari situ pun masih setia lagi dengan aku. Korang memang BEST!
Kalau nak tau sedikit sebanyak tentang sejarah Kampung Baru, bacalah apa yang ada kat blog tu. (Aku ada sediakan link kat bawah dan juga di ruang 'Tempat-Tempat Menarik' aku)
Kepada belia-belia Kampung Baru, jangan berputus asa. Hadapilah cabaran yang korang hadapi ini dengan tabah dan jangan sekali-kali takut menghadapinya.
P.S. Orang Kampung Baru tak makan Nasi Lemak Antarabangsa. Orang luar je makan kat situ. Kalau tak percaya, cuba tanya-tanya orang Kampung Baru. Yuppie balik clubbing je makan kat situ. Hehehe...
Pasar Minggu 'Sunday Market' Kampung Baru, Kuala Lumpur
Kerja Malam...
"Bila ko start?"
"Semalam. Aku tolong bukak van dia dalam pukul 9. Pukul 2 lebih tutup."
"Ko masak ke?"
"Buat masa ni aku jaga customer dia. Aku tukang bungkus dengan amik order."
"Ko tak penat ke? Kerja dispatch ko sekarang ni pun teruk gak kan?"
"Terpaksa la. Apa boleh buat... Kurang-kurang malam aku dapat makan free."
"Berapa gaji ko?"
"25 ringgit satu malam."
"OK la tu."
"Bole la aku hantar duit balik kampung sikit-sikit."
Monday, June 9, 2008
Aku benci hari Isnin...
"Mula la tu. Perasan apa?"
"Lepas makan tengah hari, bila start je pukul 2, jam macam slow je... Ko penah perasan tak?"
"Apa yang ko melalut ni geng?"
"Tak kan ko tak penah perasan?"
"Penah kot."
"Tak pecaya ko tengok jap lagi. Lepas sikit je dari pukul 2, jam macam slow je..."
"Mana ada slow geng. Sama je la."
"Ko tengok la nanti."
"Ok... ok... Kita sama-sama tengok."
Friday, June 6, 2008
Chopper lama...
"Basikal chopper? Ehh... Kalau aku nak beli boleh?."
"Mana boleh geng. Barang klasik tu."
"Aku bagi la harga best kat ko."
"Berapa?"
"Serat."
"Kepala hotak ko!"
"Ala... Boleh lee..."
"Nanti bila aku dah siap repair balik, dengan rasa selamba dan stylo, aku akan bawak depan ko."
"Lahanat!"
"Hahahaha..."
Harga Baru...
"Berapa ko kena?"
"10 ringgit siot! Tak pernah aku bayar banyak tu nak isi minyak motor aku."
"Macam kereta lak kan?"
"Kereta? Pehhh... Masa aku tengah isi tadi aku nampak satu famili. Abang tu bawak Proton Saga lama. Seat belakang ada 4 orang anak. Mem dia duk kat depan pegang baby sorang. Kesian aku tengok Abang tu siot... Aku belum kawin lagi geng. Kurang-kurang kalau aku lapar aku sorang je yang tanggung. Aku boleh sebat roti canai dengan air kosong je. Tak pun aku boleh lantak mee megi. Ni kalau aku dah kawin? Apa cerit geng? Apa aku nak bagi bini aku makan? "
"Tu la pasal... Geng, besok ko nak lepak?"
"Malas la geng. Takde mood..."
Thursday, June 5, 2008
Jom Naik Bas...
1. Convert enjin kereta supaya boleh pakai gas NGV
2. Guna pengangkutan awam
3. Jual kereta besar kau lepas tu pakai kereta kecik
4. Pakai motor/skuter
5. Pakai basikal atau jalan kaki kalau nak pegi tempat dekat-dekat
Sekarang, nak atau pun tidak, kita kena pilih!
Yang mana satu kau pilih, terpulanglah pada kau.
Mana Ada Motor Isi Minyak...
"Perasan apa?"
"Mana motor?"
"Motor?"
"Yang isi minyak semuanya kereta."
"Ha'ah la..."
"Kalau stesen tu takda pam khas untuk motor, memang tak ada motor yang isi minyak. Semua kereta je."
"Ye la..."
"Lagi satu contoh jelas yang orang-orang macam kita ni selalu ditindas."
"Orang sekarang pandang duit geng. Siapa nak pedulik orang-orang macam kita ni."
Lari bajet...
"Bukan bulan ni je. Bulan-bulan akan datang pun sama gak. Cibai!"
"Harga naik banyak gila!"
"Kalau boss aku tak bagi aku claim duit minyak, aku berenti. Mati aku!"
"Aku pun nak jumpa boss aku besok. Nak kena bincang hal ni."
"Hmppphhh!"
(Gambar menunjukan beza jumlah petrol yang boleh dibeli dengan harga RM1. Di kiri harga lama, di kanan harga baru. Sumber dari The Star)
Tuesday, June 3, 2008
Ko ingat ko dah terer ehhh...
Kepada kaki-kaki skuter di Malaysia, korang ingat setakat letak radio, letak kusyen corak rimau, pasang lampu lip lap, letak airbrush paint job, ko dah terer?
Tolong skit geng! Kasi tengok sama itu gambar dekat atas!
MADE IN JAPAN, geng!
Tolong la jangan nak tunjuk terer sangat. Aku tau skuter besor-besor macam gambar kat atas tu tak jual kat sini tapi setakat ni, aku tak penah pun tengok Malaysia yang se'POWER' macam tu.
Kalau tak puas hati lagi, kalau nak tengok lagi gambar skuter Jepun yang POWER, pegi klik kat link yang aku dah sediakan kat bawah tu.
Tokyo Scooter Stuff kat Flickr
Japanese Scooters kat Flickr
Monday, June 2, 2008
Aku Benci Paper Malaysia...
"Apahal lak ko membebel ni?"
"Ni ha! Ko tengok ni! Ada gambar selebriti panas."
"Mana?"
"Ko tengok la ni. Dia sensor muka dia. Tunjuk je la. Kalu nak sensor bab yang sensitif tu aku paham la. Ni muka pun tak mau tunjuk. Nama pun tak beritau."
"Dia taknak la bagi malu kat minah tu."
"HAH! Kalau tau malu apasal berani bagi orang amik gambar macam tu?"
"Tu la pasal."
"Aku rasa aku tau apasal paper ni tak nak tunjuk gambar muka dengan tak bagi tau nama."
"Apasal?"
"Marketing!"
"Huh?"
"Kalau nak tau selanjutnya, kena beli paper besok."
"Hehehe... Pandai gak diorang ni. Kalau macam tu, baik ko jangan beli paper besok. Ko tumpang baca je kat 7-E."
"Hahahahahaha... Canteeeek!"