Sunday, July 25, 2010

#FF #1 The Rempit Chronicles

Aku nak tulis pasal Twitter lagi. Ya, aku tau ko bosan baca pasal benda yang sama saja tapi harap bersabar la ye. Ni last post aku pasal subjek ni. Sampah!

Aku cuma nak bagi sedikit laungan a.k.a. shoutout kepada mereka-mereka yang telah sudi melayan aku di Twitter. Maklumlah, aku ni newbie. Follower tak ramai lagi. Anyway, berikut adalah individu-individu yang cool dan baik hati yang telah banyak menolong aku semasa aku mula aktif bertwitter baru-baru ini. #FF versi 'The Rempit Chronicles' la, lebih kurang.

Mula-mula sekali, aku ingin bagi shoutout baek kepada bro @aminiskandar. Dialah individu pertama yang follow aku. Untuk itu, selagi Twitter wujud, aku janji aku tak akan UNFOLLOW dia. Wooohoooo!

Laungan yang kuat dan hebat juga kepada @wahleci. Walaupun dia hawt dan single, dia tetap sudi layan tweet aku yang kadang-kadang (atau selalu?) merapu. You go, girl!

Seterusnya, a big shoutout kepada @faizahroslaini. She is one hawt mama! (Jangan kacau lebeh-lebeh ya. Dia sudah kawen.) Seorang peminat Faizal Tehrani yang fanatik dan juga pembaca buku yang kronik! Woot!

Next, brader-brader @SyafiqSunny dan @bumilangit. Dua orang brader ni adalah antara individu-individu yang paling awal aku kenal secara eksklusif di Twitter. Automatic FOLLOW sampai bila-bila.

Tak lupa juga bro @limmengkeong yang senantiasa muda remaja. Kalau nak sentiasa hepi ceria, riang ria, mak harap uolls ikut dia, ok noks. Curluzz gittew!

Last, but not least, my latest, newest Twitter pal, @elviza. First time aku tweet dengan dia, kami berborak pasal Steinbeck. You really meet interesting people on Twitter, dia kata kat aku masa tu. Cool! Oh, and she's one hawt mama too, ok. Jangan kacau lebeh-lebeh ya! Sudah kawen oso.

So, itulah dia. Senarai shoutout dan #FF 'The Rempit Chronicles' yang pertama.

Good night, Twitterjaya. See you tomorrow morning!

Aku, April Wheeler Dan Sebotol Minuman Soda Bergas : Atau Mengapa Orang Yang Belum Kahwin Tidak Digalakkan Membaca Novel Richard Yates Yang Ini


Ini bukan reviu. Tak perlu ada spoiler warning sebab aku bukan nak tulis apa-apa yang penting mengenai plot novel 'Revolutionary Road'. Aku cuma nak cakap yang kalau ko belum kahwin, masih single, masih bahagia dengan status single ko, kalau boleh la kan, cuba elak dari baca buku Richard Yates ini. Aku tak larang ataupun tegah, jauh sekali dari itu. Tapi... Kalau nak baca jugak, aku nasihatkan agar ko mengambil iktibar yang positif dari apa yang dilalui oleh karakter-karakter di dalam buku ini.

Lagi-lagi kalau ko middle class, bercita-cita nak mendirikan keluarga di saberb-saberb comel di luar KL, berpendapatan agak selesa, ada 2 kereta, 2.4 orang anak, holiday overseas sekali setiap dua tahun etc, dll, dsb. Ko memang akan boleh relate gila babs dengan cerita nih! Semua peristiwa, perasaan gundah gulana yang dilalui oleh karakter-karakter novel ini akan menggoncang asas foundasi tanggapan molek ko mengenai kehidupan middle class yang mungkin ko anggap sebagai cita-cita yang bagus untuk dikejar.

Takut gak aku dibuatnya!

Oh ya... Aku tak tengok lagi versi wayang novel ini, so takpayah la tanya aku sama ada wayang itu sama atau tak dengan novel nih.

Aku SAYANG Korang Semua!

Walaupun aku dah lama tak menulis apa-apa di sini (sejak zaman pra-Piala Dunia), trafik ke blog hampeh aku ni tetap steady. Maknanya, ada jugak manusia-manusia baik hati yang sudi menjengok ke sini. Terima kasih aku ucapkan. Aku bukan takde niat nak update, cuma sekarang, aku sibuk main twitter. (Ikut la aku. Aku akan ikut ko balik. Hehehe...) Aku juga sibuk membaca sekarang. Jadi, yang kena tinggal, blog ini la.

Kesian Rempit Chronicles...

Takpe... Aku berazam untuk mengupdate blog hampeh aku ini sekerap mungkin. Kalau nak gerenti yang aku akan update sekerap zaman prolifik aku dulu, mungkin agak sukar. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku. In any case, inilah dia platform pertama aku di dalam dunia maya interweb. Siapalah Johnny tanpa The Rempit Chronicles, betul?

Sekian, update aku kali ni. Kepada pembaca-pembaca setia blog ini yang selalu jengok-jengok ke sini, teruskan usaha murni ko ya.






"Hi. My name is Johnny and I'm a Twitter addict."

"Hi Johnny!"

Thursday, June 3, 2010

Kicau Burung-Burung Yang Berwarna Biru : Atau Aku, Twitter Dan Seorang Makcik Tupperware Yang Hip Dan Happening

Sekiranya korang perasan, kotak update 'Mesej-Mesej Pendek Yang Tak Penting' aku di sidebar semakin aktif kebelakangan ini. Ini adalah kerana aku semakin aktif berTwitter sekarang. Mengapa? Sebab aku telah terjumpa satu aplikasi canggih untuk telefon bimbit aku yang canggih-manggih.

Sebelum ini, aku hanya berTwitter di komputer riba aku sahaja, jadi aku tak boleh berkicau sesuka hati aku di mana saja aku berada. Kemudian, sejak aku mula pakai telefon bimbit aku yang canggih-manggih, aku mula lebih aktif berkicau tetapi limitasi browser piawai di telefon canggih-manggih aku juga sedikit sebanyak telah menghadkan jumlah kicauan aku. Aku seringkali terputus sambungan. Mesej 'No Gateway Reply' sering terpapar di skrin telefon canggih-manggih aku. Sekali-sekala, tahap amarah Level 4 pernah aku capai dan perkataan-perkataan kesat dan tidak sesuai untuk kanak-kanak pernah digunakan.

Akan tetapi, itu semuanya berakhir setelah aku memuat-turun aplikasi 'Snaptu'.


Can you say, twitter junkie?

I knew you could.


Sekiranya korang ada telefon bimbit (yang bukan iPhone atau BlackBerry) yang mempunyai kapabiliti 3G dan/atau WIFI dan plan data tanpa had, program ini akan merubah hidup ko.

Ianya lebih syok dari Nasi Kandar Kudu, lebih syok dari dari Megi Goreng Mamak Restoran SA Taman Sri Rampai Setapak, lebih syok dari Teh Tiga Layer di hari yang panas.

Aku kini lemas di dalam dunia di mana aku perlu melahirkan segala pendapat, buah fikiran dan idea aku di dalam limitasi 140 karakter atau kurang.

Dan yang paling best sekali, aku mungkin(?) telah berjaya menarik seorang 'makcik tupperware' untuk masuk ke alam Twitter. Dia kini sedang belajar selok-belok alam ini dan sekiranya dia tak berhati-hati, dia juga akan ketagih, macam aku.

Hehehe...








Hello, my name is @JohnnyRempit and I'm a #twitterjunkie. *sigh* :( RT PLS!

Hello, Johnny :)

Sunday, May 30, 2010

Trend Penyambungankesinambungan : Pencacamarbaan Atau Evolusi?

Sejak keterkebelakangan ini, trend menyambungkait perkataan-perkataan BM semakin rancak dipergunapakai. Semakin hari, semakin tersebarluas. Ianya tidak lagi dianggap anehpelik, malah ia semakin digalakkan pengunapakaiannya. Di akhbar-akhbar (sama ada yang fizikal mahupun yang maya), di media elektronik dan juga di dalam ucapan-ucapan rasmi pembesar-pembesar negara, semua pihak nampaknya sedang memelukdakap dengan hati yang terbukaluas fenomena ini.

Pada awalmulanya, aku sendiri merasa agak janggalpelik ketika aku mula perasan akan fenomena ini. Tetapi kini, ianya sudah boleh diterimapakai oleh segenap lapisan masyarakat. Aku tidak lagi merasa janggalpelik apabila aku terdengar orang menggunapakai ayat-ayat seperti kebolehpasaran, menambahbaik, melihatcerap, jatidiri dan bermacamragam lagi.

Pada pendapat aku, pencacamarbaan BM ini adalah satu perkembangbiakan yang sihatwalafiat dan tidak seharusnya disalahtafsir mahupun disalahertikan. Ianya hanyalah proses evolusi yang lazimbiasa. Ianya bukanlah sesuatu fenomena yang hanya berlaku kepada BM malah semua jenis bahasa yang dipergunapakai di mana-mana sahaja.

Oleh itu, kita tidak harus bersalahanggap yang fenomena ini akan merosakbinasakan BM kita yang tercintasayang ini tapi kita harus memelukdakap fenomena ini dengan hati yang terbukaluas. Ini adalah kerana bahasa yang tegarjitu, yang statikpegun, tidak akan berkembiangbiak. Malah, ianya mungkin akan matikeras sekiranya fenomena penyambungankesinambungan ini tidak digunapakai dengan lebih melebarluas.

Billy's Last Ride

Tahun yang lepas, aku ada menulis satu post mengenai wayang-wayang rempit yang wajib di tonton. Salah satu wayang rempit ikonik yang aku tulis adalah wayang yang bertajuk 'Easy Rider'. Kalau nak baca balik post aku tu, boleh lah klik di sini.

Aku menyentuh balik hal post itu kerana aku baru sahaja mendapat tahu (melalui Twitter) yang pelakon yang telah membawa watak 'Billy' di dalam wayang tersebut, Dennis Hopper, telah meninggal dunia, akibat kanser.

Berikut, adalah petikan dari satu artikel dari The New YorkTimes oleh Manohla Dargis, yang aku rasa, cukup padat dan tepat mengenai pelakon ikonik ini.



Dennis Hopper — actor, filmmaker, photographer, art collector, world-class burnout, first-rate survivor — never blew it. Unlike the villains and freaks he has played over the decades — the psycho with the mommy complex in “Blue Velvet,” the mad bomber with the grudge in “Speed” — he has made it through the good, the bad and some spectacularly terrible times. He rode out the golden age of Hollywood by roaring into a new movie era with “Easy Rider.” He hung out with James Dean, played Elizabeth Taylor’s son, acted for Quentin Tarantino. He has been rich and infamous, lost and found, the next big thing, the last man standing. - Manohla Dargis, The New York Times, 7 April 2010.



Goodbye, Billy.
You take it easy now.

Friday, May 21, 2010

Hari Jumaat Ku Di Lamun Cinta

I don't care if Monday's black
Tuesday Wednesday heart attack
Thursday never looking back
It's Friday I'm in love


Ok...

Cukup. Kena pegi sembahyang Jumaat.

Enjoys your weekends yaa...

Tag! You're It!

"I'm gonna tag you."

"Huh?"

"I'm gonna tag you on my blog. You need to tell the world 5 answers to my questions."

"Buat apa?"

"Because that's what bloggers do."

"That's what noobie bloggers do."

"And..."

"Ohohohoooo... Sarcasm isn't very becoming of you, babe."

"You WILL answer my tag. Or else..."

"Or else apa? Hehehe..."

"Or else I'll... I'll... I'll..."

" Tick... Tock... Tick... Tock..."

"Shut up! I'm thinking..."

"Loobootin."

"Neekay."

Thursday, May 20, 2010

Char Kuey Teow : Cooked-To-Order vs Goreng-Kawah-Ala-Pasar-Malam : Atau Satu Perbincangan Semi-Intelektual Yang Poyo

Secara tradisionalnya, char kuey teow a.k.a. kuey teow goreng mestilah di goreng secara cooked-to-order. Mengapa? Untuk menjaga kualiti dan rasa. Kalau 3 order di terima, maka si tukang masak akan goreng setiap order itu satu per satu. Dia tak akan masak 3 portion sekaligus. Heresy namanya tu. Di sebabkan teknik tradisional ini, char kuey teow yang autentik memang amat popular dan akan sentiasa di minati ramai.

Tetapi, kalau ko ada pergi mana-mana pasar malam, lagi-lagi di pasar malam di kawasan Melayu, akan ada peniaga-peniaga yang akan mengamalkan teknik menggoreng yang lebih... industrial. Mereka pakai kawah. Mereka tak pakai teknik cooked-to-order. Disebabkan perbezaan teknik memasak ini, aku dapat rasa perbezaan yang amat ketara. Aku lebih suka char kuey teow yang di masak menggunakan teknik tradisional. Kuahnya lebih nyumm, aromanya lebih kapowww dan rasanya memang fuuuuuuuuu! Kalau yang di goreng secara industrial tu, aduiiii... Fail!

Persoalan nya sekarang, mengapa masih ada sesetengah orang yang minat membeli dan 'mengkonsum' char kuey teow industrial ini? Adakah lidah mereka kelu? Adakah taste mereka plebeian? Apa sebenarnya masalah mereka?

Tolonglah!

Cari stall/warung yang jual char kuey teow yang menggunakan teknik tradisional. Jangan la buang duit dan masa ko dengan membeli char kuey teow yang di goreng secara industrial. Tak sedap. Tak pernah sedap dan tak akan sedap. Percayalah cakap aku.

Say no to char kuey teow kawah!

Wednesday, May 19, 2010

Rush Job : Atau Meng'Ngeropok' Di Kuantan

Aku di suruh ke Kuantan semalam. Ada 'rush job' yang hanya aku sahaja boleh buat, kata boss aku.


"Ada ela..."

"Awak jumpa Puan H. She knows. Elaun, elaun... "

"Hehehehe..."


Sebenarnya, bukan kerja ofis pun. Aku kena bayarkan cukai tanah boss aku. Personal matter yang sepatutnya tak boleh guna masa, resource dan pick-up truck company, tapi dah company tu DIA yang punya, aku nak kata apa? Yang tugasan aku ni tak 'beretika'? Hahahaha...

Aku memang heart kerja aku ni!

So, lepas je aku diberi dokumen-dokumen (dan duit) yang perlu, aku terus keluar ofis untuk pergi ke Kuantan. Aku di beri the whole day untuk melaksanakan tugas aku dan aku tak perlu masuk ofis lagi. Aku telah diberi semi-off day.

Wooooooooohooooooooooo!

Aku memulakan perjalanan aku ke Kuantan dengan sebuah breakfast yang santai di Kedai Leha Kelfood di Taman Melati. Itu dah jadi semacam tradisi aku kalau aku nak ke Pantai Timur. Walaupun agak mahal, untuk ambil 'feel' Pantai Timur, aku rasa, tak ada apa yang lebih sesuai dari sepinggan Nasi Dagang dengan Kari Ikan Tongkol. Lagipun, kedai tu kat tepi MRR2, di dalam perjalanan ke Karak Highway. Setelah selesai makan, dalam pukul 10am, aku pun mulakan perjalanan aku.

Tak ada apa yang menarik sangat berlaku dalam perjalanan aku. Aku tak bawak laju pun. Tak ada rush sebenarnya, walaupun 'rush job'. Cuma ada satu speed trap hari tu. Itu saje. Di Gambang. Semua orang tau pun kat situ ada speed trap.

Lebih kurang 1pm, aku pun sampai di Kuantan. Pejabat Tanah dah tutup untuk lunch, jadi aku pun makan la jugak, di satu restoran kecil dekat dengan area pejabat kerajaan. Besar betul ikan kembung dia. Tu la advantage tinggal di bandar tepi laut. Seafood fresh. Dan besar. Dan murah.


Bang! Huruf N dah jatuh.


Lepas makan, aku terus ke Pejabat Tanah. Sibuk jugak tempat tu. Tapi rupanya, aku tak payah tunggu lama. Pejabat Tanah Kuantan memang cekap. Tak sampai 10 minit, semua tugas aku dah selesai. So, sekarang aku dah free. Aku di Kuantan dan aku tak tau nak buat apa. Nak balik KL? Awal lagi. Aku pun melancong la, jadi tourist!


Masjid Besar Kuantan
Cuaca semalam panas tapi berangin. Fantastik!



Aku pusing-pusing di town kejap, lepas tu aku pergi ke Pantai Balok, melepak sorang-sorang di bawah pokok rhu sambil angin Laut China Selatan bertiup kuat. Aku siap terlelap sekejap masa aku di sana. Paper dah habis baca, member-member aku semua dah taknak jawab sms aku yang poyo, so aku pun tidur la. Bila aku terjaga, dah dekat pukul 4pm.

Tea time!

Kalau di Kuantan, untuk makan petang, sorang member aku rekomen kedai Mok Naa di jalan Kuantan-Pekan. Dia kata keropok lekor basah di situ best. Best atau tidak, aku dah lapar balik dan aku perlu makan. Lepas lebih kurang setengah jam, aku pun sampai di situ.


Nampak tak tray yang ada pinggan biru di tengah gambar ni?
Cuba teka di tray tu ada 'kueh' apa?

Busy juga kedai ni. Banyak juga kueh dan makanan-makanan yang tak tipikal (untuk sajian tea time) ada di jual di sini. Ikan Kembung Goreng Tepung for tea, anyone? Udang Goreng Tepung, yes? Hehehe... Di situ ada juga sata dan otak-otak tapi aku ke sini untuk satu benda, dan satu benda sahaja.

I want me some krupuks!


Yumm...
Krupuks!


Tak perlu la aku cerita di sini yang selepas aku makan, aku siap tapau balik sebeg plastik lagi krupuks yang aku akan bawa balik ke KL. Tak payah la mimpi nak cari krupuks macam ni di KL ya adik-adik. Kat KL tak ada jual. Ko kena pergi Pantai Timur kalau nak merasa krupuks gred Triple A+ macam ni.

So, setelah selesai sesi tea time di Mok Naa, aku pun balik ke KL. Seperti yang aku buat pagi tadi, aku tak bawak laju. Steady 110 all the way.

Aku mula masuk KL masa peak hours, pukul 7pm. KL baru je lepas hujan lebat dan trafik di MRR2 dah macam usus tersumbat. Dari berita di radio, aku dapat tahu yang KL sedang mengalami temper tantrum nya dengan cuaca yang tak menentu, yang hampir semua pemandu sedang mengalami episod psikotik yang kritikal. Sigh...

"Welcome home, Johnny boy!"

Gambar Yang Mungkin Semua Orang Dah Tengok Tapi Aku Tak Peduli, Aku Nak Post Jugak!

Rima Fakih

Di ambil tanpa kebenaran dari DailyChilli.com






Bak kata brader rocker Amy, dari kugiran hot Search,

"Feeeeeeeeeeeewwwiiiiiiiiiiittttt!"

Tuesday, May 18, 2010

Gambar-Gambar Semi-Random : Atau Kepala Aku Masih Lagi Tersumbat!!!

Masih malas nak menulis.

Disebabkan itu, aku cuma post gambar-gambar semi-random dari fon aku dan sumber-sumber intertubenetwebtwitterfacebook.


Hos program 'That Effing Show' (yang patut di tayang on the effing tv)


Janda Hamil


Buku 'banned' di Arab Saudi. Both, I think.


Ya Hya Chouhada!


Aku ambik gambar ni dari tweet @amirmu a.k.a Amir Muhammad
Ikut la dia. Tell him Johnny sentcha...










Oh ya, kalau korang ternampak dengan Muse, suruh dia jumpa aku, ya...

Saturday, May 15, 2010

Writer's Block

Aku sedang mengalami writer's block!

Walaupun ada banyak topik semasa yang penting, semi-penting, remeh yang sedang berlaku sekarang dalam hidup aku, aku dah tak tau nak tulis apa. Aku nak tulis pasal trip aku ke Langkawi minggu lepas tapi entah kenapa, aku takda mood. Nak tulis pasal sukan, pasal bola, pasal Thomas Cup, aku ni bukan nya terer sangat pasal benda-benda tu. Nak tulis pasal buku yang aku tengah baca, aku malas. Aku memang tak suka tulis review. So? Nak tulis pasal apa? Tak ada apa-apa yang menarik nak aku tulis. Kalau nak tulis rutin seharian aku, nanti korang bosan lak.

Ya, aku tau.

Patetik, betul?

*sigh*

Tuesday, May 11, 2010

Wonderland Food Store : Or The Surreal Misadventures of Johnny in Langkawi Part #2

Sebaik saja aku dan boss aku masuk ke arrival hall di airport Langkawi, kami di sambut oleh prospective client boss aku dan beberapa orang staff mereka. Seperti yang telah di janjikan, mereka akan bawa kami berdua untuk menikmati hidangan makan malam. Aku sebenarnya dah tak sabar. Aku dah memang tau dan amat familiar dengan kedai makan yang bakal kami kunjungi sebentar lagi.

Kedai makan ini adalah... legendary! Semua drebar teksi, abang concierge, makcik housekeeping, awek reception, manager hotel, pakcik security, tokey kedai, tour guide, tukang sapu, penghulu kampung, salesgirl perfume, budak sekolah etc, dsb, et al di Langkawi mesti tau pasal kedai makan ini. Ianya sebuah institiusi. Aku berani kata begini sebab aku tak pernah jumpa seorang pun penduduk Langkawi yang tak tahu pasal kedai ini. In fact, setiap kali aku berpeluang untuk singgah di Langkawi, aku mesti makan di situ dan aku tak pernah di hampakan. Makanan yang di hidang di sini adalah 'excellent'.

Ya, kedai ini mengamalkan falsafah menu terhad.

Apa dia nama kedai makan yang berstatus lagenda ini?

Wonderland Food Store.

Kedai seafood PALING syiok di Langkawi.


Aku tengok gambar ni pun dah terliur...


Busy gak malam tu


Kami sampai di Wonderland dalam pukul 9.30pm, lebih kurang. Masih sibuk lagi pada ketika itu walaupun tak sesibuk biasa. Ada juga hikmah di sebalik kami lambat sampai. Kalau nak makan di situ masa peak-hours (8pm-9pm), aku berani gerenti yang ko tak akan dapat tempat duduk. Kami bertujuh dapat sebuah meja besar di hujung kedai. Sebaik saja kami duduk, Ah Tun, tokey Wonderland sendiri yang datang ambik order. Bila dia nampak aku, dia terus tegur.


"Wahhh! Lama aku tak nampak hang. Bila mai?"

"Flight pukul 9 tadi."


Street-cred aku terus melambung tinggi. Aku rasa, reputasi aku sebagai 'expert' Langkawi telah di 'confirm' kan pada ketika itu di mata boss aku. Hehehehe... Kemudian, boss aku telah mengeluarkan kata-kata paling ajaib, yang paling aku nak dengar.

"Apa sedap kat sini?"

Ah Tun pun terus memberi recommendation dia untuk malam itu.

"Pari fresh baru masuk petang tadi. Pari goreng cabai kering, boleh? Siakap pun fresh. Masak steam, bubuh lime, cili padi sikit? Ketam goreng cabai ada. Nak try? Udang lipan makan tak? Kalau sayoq, malam ni baby kailan fresh. Tak pun boleh cuba bean curd."

"Okey. Semua tu tadi."

"Portion untuk 4 orang makan nooo... Ketam nak berapa ekoq? 4 ekoq boleh. Malam ni saiz sedang-sedang ja. Tak besaq sangat. 4 ekoq boleh kot?"

"5 lah."

"Okey. 5 ekoq. Minum? Saya bagi lime asam boi satu jag. Boleh?"

"Boleh."

"Okey. Tunggu sat. 20 minit siap."


20 minit kemudian...


Dari kiri : Sayoq bean curd, chili crab, pari goreng cabai kering



Jom makan!


Sebaik saja chili crab sampai ke meja, kami semua tak tunggu lagi. Nasi pun di senduk ke pinggan, tangan di basuh dan gelas di isi minuman.

"Dig in guys."

Apa lagi, aku pun ikut la apa boss aku 'suruh'! Hehehehe...

Macam mana aku nak describe perasaan syiok aku pada ketika itu. Susah la. Kombinasi rasa + ramuan/ingredients yang fresh + atmosphere/suasana Langkawi yang laid back + mood 'holiday' aku + benda-benda kecil lain sukar untuk di ambil kira = dinner yang amat syiok. Last-last, yang tinggal di meja hanya lah bekas-bekas tulang dan pinggan-pinggan yang kosong dan licin.



Habis licin!


10 saat selepas gambar di ambil, ketam yang tinggal seketul tu habis di kerjakan!

Satu lagi aspek yang mungkin akan memeranjatkan korang semua yang tinggal di KL ialah harga dinner ni. Cuba agak-agak berapa boss aku belanja untuk 7 orang dewasa yang lapar?

RM250?

RM200?

RM150?


"Berapa boss?"

"Bagi dua keping cukup lah."

"Huh? Dua keping?"

Hehehe... Aku kena ajar boss aku slang Utara sikit lepas ni.



Tell 'em Johnny sent ya. They'll give ya a discount!
Hehehehe...


Lokasi Wonderland Food Store adalah di pekan Kuah. Kat Jalan Trimula. Sama row dengan banyak lagi kedai-kedai makan seafood yang lain. Kalau tak jumpa, tanya je orang-orang Langkawi yang ko jumpa, diorang sure tau. Ada satu je Wonderland kat Langkawi. Kalau dapat melawat Langkawi, singgah la ya. Rugi kalau jalan jauh-jauh, lepas tu miss peluang nak makan kat sini. Satu lagi, jangan buang masa tengok menu dia. Mintak recommendation diorang. Diorang lagi tau.





*Burp* Ex-kweez me...

Aku, Dua Orang Budak Mat Saleh Dan Seorang Makcik Yang Happening : Or The Surreal Misadventures of Johnny in Langkawi Part #1

Advencer aku ke Langkawi bermula sebaik saja selesai sembahyang Jumaat minggu lepas. Aku telah dibenarkan pulang lebih awal hari tu. So, sebaik saja aku sampai rumah, aku terus pack barang-barang aku.


Buku yang kunon nya nak baca di tepi pantai


Setelah aku siap pack barang-barang aku yang tak banyak, aku pun keluar untuk ke KLIA. Kali ni, aku ke airport naik ERL. Selalunya, aku yang menjadi 'tukang hantar' orang ke airport tapi bila si 'tukang hantar' a.k.a. drebar pulak yang nak naik kapal terbang, kena la 'tukang hantar' guna pengangkutan awam. Hehehe...


"Perhatian! Tren berkelajuan tinggi akan melepasi stesen ini sebentar lagi.
Untuk keselematan anda, sila berdiri di belakang garisan kuning.
Attention! A high speed train will be passing through this station shortly.
For your safety, please stand behind the yellow line."



Laju nye...


Di sebabkan aku tak pernah menggunakan perkhidmatan tren berkelajuan tinggi ini, aku tersilap bajet dan 'tersampai' awal di KLIA. Flight pukul 8.05pm tapi aku sampai airport pukul 5.30pm, lebih kurang. Laju gak menatang tren ni...

Hmmm... Apa lagi! Melangok la kat airport.

Habis aku pusing satu terminal. Semua kedai aku masuk. Aku belek-belek kamera digital, buku, coklat, magazine, figurin pewter KLCC, t-shirt tourist, jam mahal, rokok yang tak pernah aku tengok, perfume, toys etc, dsb, et al. Last-last, aku beli Coke besar kat McD dan lepak dengan abang-abang drebar limo di luar dewan arrivals sambil menghisap rokok.

Dalam sejam sebelum berlepas, aku pun pergi ke kaunter check-in untuk mendapatkan boarding pass aku. Tak payah beratur lama pun. Tak sampai lima minit dah selesai.

Disebabkan aku dah kebosanan, aku terus menuju ke gate dan sebaik saja gate di buka, aku terus masuk ke dalam kapal terbang. Malas aku nak tunggu-tunggu lagi kat departure hall. Sebaik saja aku dah simpan beg aku di bawah kerusi depan, aku terus pasang earphone aku ke fon canggih-manggih aku supaya aku boleh rilek sikit sambil mendengar koleksi MP3 aku.

Bila lagu 'Friday I'm In Love' nyanyian The Cure bermula, mood 'holiday' aku pun kembali bersemangat. Aku dah tak sabar lagi nak ke Langkawi. Kemudian, sebaik saja lagu tu habis dan lagu seterusnya belum start, 'mis-advencer' surreal aku pun bermula.

Aku terdengar perkataan 'reproduction' dari seat belakang aku. Kemudian, perkataan 'sperm', 'vagina' dan 'intercourse' sambil di selang-seli dengan hilaian gelak ketawa.

WTF?

Perasaan curious aku membuak-buak. Aku terdengar lagi perkataan-perkataan seperti 'penis', 'periods', 'menstruating', 'ovary' dan macam-macam lagi. Aku 'termasuk' ke alam surreal ke masa aku masuk perut kapal terbang ni tadi? Can you say, "Welcome to the Twilight Zone?" Aku terus bersandar di seat aku untuk 'mendengar' dengan lebih lanjut.

Confirmed! Mereka sedang berborak pasal seks.

Apa lagi... Aku terus ambil beg aku dari bawah kerusi depan dan 'kunon' nya nak simpan di kompartmen overhead. Semasa aku berbuat demikian, aku toleh ke belakang dan aku lihat yang seorang makcik sedang berborak dengan dua budak mat saleh, seorang lelaki dan seorang perempuan (yang aku agak berumur dalam 12-13 tahun) mengenai 'the birds and the bees'.

Maaaaak oiiiiii!

Nasib baik earphone aku masih tersumbat dalam telinga aku jadi aku boleh 'berpura-pura' yang aku tengah layan muzik masa tu. Tapi setiap patah perkataan yang makcik tu cakap kat budak-budak mat saleh tu jelas dan clear.


"Since you're a teacher, can we ask you something?"

"Sure."

"What's an orgasm?"


Diskusi yang hangat ini berterusan tanpa henti semasa si pramugari sedang membuat safety briefing, semasa kapal terbang sedang bergerak ke hujung landasan, semasa kapal terbang sedang berlepas, semasa kapal terbang sedang menuju ke cruising altitude, semasa anak kapal sedang menghidang sepeket kacang dan segelas jus oren. Di sepanjang perjalanan aku ke Langkawi, mereka bertiga hangat membincangkan hal-hal mengenai AIDS, STD, penggunaan kondom, cinta, pakaian dalam wanita yang seksi (thongs vs briefs), role model yang baik, abstinence vs safe sex, saiz (SAIZ?), kasut tumit tinggi, kama sutra, oyster, kacip fatimah, tongkat ali, ginseng, viagra, internet porn etc, dsb, et al. Boss aku (yang duduk di sebelah aku) pun tumpang sekaki meng'eavesdrop' perbualan mereka bertiga. Hehehe...


"Johnny. This is waaaaaaay better than an in-flight movie."

"Yup."

"Waaaaaayyyy better."


Perbualan mereka hanya terhenti apabila flight kami touchdown di Langkawi. Boss aku siap mengeluh sebab diskusi mereka telah berakhir. Aku pun sama jugak. Aku rasa, aku dapat lebih banyak ilmu yang berguna melalui kelas impromptu ini dari segala buku dan 'nasihat' yang pernah aku dengar sebelum ini.

Aku kini yakin yang sekali-sekala, bila bulan berwarna BIRU, benda-benda pelik akan berlaku. Hehehe...


"Johnny, our prospective client ajak kita makan. They told me the place is called 'Wonderland'. Best ke situ?"

"Best seafood place on the island, boss."

"Ye ke?"

"Jangan risau boss. Saya kenal owner dia. Dia yang akan recommend apa yang sedap malam ni."

"Canteeeek..."













Memang sah bulan biru sedang mengembang. Boss aku tak pernah guna perkataan 'Canteeek...' sebelum ni. Hahahahaha...

Friday, May 7, 2010

Gambar Kelakar Yang Mungkin Semua Orang Dah Tengok Tapi Aku Tak Peduli, Aku Nak Post Jugak!

Aku harap ko tak tertumpah kopi/teh/air oren ko kat keyboard ko...

I'll Make Him An Offer He Can't Refuse : Atau Aku, Coklat Murah Dan 99 Buah Pulau Yang Indah

"Johnny, what are you doing this weekend? Awak ada kena balik kampung tak?"

"Takde boss. Kenapa?"

"Good. Nak ikut saya tak weekend ni?"

"Pergi mana?"

"Saya nak survey a potential site dekat Langkawi. Kalau setuju, awak inform Puan H so that dia boleh book tiket awak. Mintak dia travel allowance sikit. Lima ratus per day boleh? Awak pernah kerja sana kan? I need some local knowledge about the area. Oh ya... Masa awak jumpa Puan H nanti, arrangekan accomodation awak sekali. We're staying at Porto Malai. Dekat sikit dengan Tanjung Lembong. Our flight is at 8pm on Friday and we fly back on Sunday night. And another thing, cakap ke Puan H yang saya bagi awak cuti on Monday. So? Awak nak ikut tak?"

"Errrmmmm... Ok..."

"Good."









Aku memang heart my stupid job.

Hahahahahaha...

Monday, May 3, 2010

Pekan Frinjan Yang Ghaib, Sebuah Telefon Bimbit Yang Canggih-Manggih Dan 'Awek-Awek' Ben Yang 'Maskulin'


Sabtu lepas, aku telah ke Shah Alam untuk join event Pekan Frinjan buat kali kedua. Event Frinjan pertama yang aku pergi bulan lepas telah meyakinkan aku yang memang ada hasil kalau aku mengikuti 'gig' ini sekerap mungkin.

So, Sabtu lepas, lebih kurang pukul 8pm, aku pun bertolak dari rumah aku. Aku sampai di venue dalam pukul 8.45pm. Tapi bila aku sampai, satu perkara yang menakjubkan telah berlaku.

Pekan Frinjan dah HILANG!

Semasa aku park pick-up aku di area sebelum Dataran Shah Alam, aku dah dapat rasa satu vibe yang pelik. Dari jauh aku nampak yang crowd yang ada di Dataran agak... ermmm... old skool(?). Semasa aku sedang berjalan kaki ke sana, hati aku makin gelisah. Tak ada vibe 'muda' yang dapat aku rasa. Sebaik saja aku sampai di area Dataran, memang sah! Ini event lain. Pekan Frinjan sudah hilang entah ke mana.

Aduuiiiii...

Frust betul aku masa tu. Rasa di hati nak balik je terus. Semasa aku menapak balik ke pick-up aku, bermacam-macam benda berlegar-legar dalam kepala. Apa sudah jadi? Kena reschedule ke? Tak dapat permit polis ke? Dll, etc, et al...

Aku perlu info. Aku perlu mengakses internet.

"I need to go online."

Pada saat itu, aku rasa amat beruntung sebab aku ada sebuah fon yang canggih. Dalam 2-3 minit saja, aku dapat akses ke akaun email dan FB aku. Ada emergency, rupanya. Pekan Frinjan kena tukar venue. Ok... Venue baru di Laman Budaya, Shah Alam. Ok...

Masalah baru pulak timbul.

Mana pulak lokasi Laman Budaya nih?

Aku bukan nya tau sangat area Shah Alam ni. Kalau landmark besar aku boleh la agak-agak tapi... Laman Budaya?

Sekali lagi, teknologi moden menyelamatkan keadaan. Aku buat search dan Google kata yang Laman Budaya tak jauh sangat dari Dataran.

Canteeeeekkkkk...

Last-last, lebih kurang pukul 9 suku, barulah aku jumpa Pekan Frinjan 11. Aku park pick-up aku sehampir mungkin dan terus masuk ke Laman Budaya. Semasa aku sampai, J-Dee baru je habis buat show dia atas pentas. Aku terus duduk dan mula survey keadaan.

Crowd kali ni lebih kecil kalau aku nak banding dengan crowd Frinjan 10. Jauh lebih kecil. Barangkali, sebab pertukaran venue. Satu lagi benda yang aku perasan ialah yang crowd kali ni mungkin terdiri dari kawan-kawan rapat penganjur. Aku mungkin salah. Mungkin aku perasan sendiri tapi dari gerak geri dan tingkah laku mereka, aku agak yang di sebabkan diorang ada direct contact, mereka saja yang dapat tahu lebih awal tentang hal pertukaran venue ini. Aku dapat rasa yang crowd outsider macam aku berada di dalam golongan minoriti. Aku bukannya nak salahkan diorang tapi aku lihat yang Frinjan 11 dah jadi seolah-olah macam reunion kawan-kawan lama dan aku ni macam budak sesat dari sekolah lain. Entahlah...

Perasaan hambar yang aku rasa pada masa tu terus menebal bila Ainul Aishah dan Mohd Jayzuan naik ke pentas untuk persembahan mereka. Satu persembahan yang penuh dengan inside joke dan tahap familiariti yang intim untuk crowd insider yang faham sahaja. Sekali lagi, aku terasa yang aku ni budak luar. Mungkin attitude ini tak disengajakan. Aku faham yang disebabkan penukaran venue last minute, memang crowd yang akan tahu adalah crowd yang in the loop tapi jangan la sampai korang alienate budak-budak luar yang ada pada masa tu. Aku berani kata begini sebab aku ada perasan yang ada budak-budak yang kurang selesa dengan keadaan ini telah bangun dan keluar sebaik saja persembahan mereka selesai.

Nasib baik, untuk menyelamatkan keadaan, Ben's Bitches telah naik ke pentas. Diorang memang pandai nak ambik hati crowd malam tu, lebih-lebih lagi budak outsider macam aku ni. Sikap mereka yang bersahaja ("Jangan nak tipu la, that song was shit ok!"), lirik lagu mereka yang ireveren ("Jolok! Jolok! Jolok! Jolok! Jolok!) dan attitude punk mereka telah menyelamatkan Frinjan 11 dan menghidupkan kembali 'roh/spirit' Frinjan malam itu.

Mood aku untuk berFrinjan hidup semula. Selepas set Ben's Bitches, tibalah giliran crew 'Buka Mata' pulak. Tapi diorang tak main muzik. Mereka membuat persembahan 'performance art' (kalau aku tak silap dengar la). Aku nak describe pun susah. Mungkin link ini dapat menolong. Melalui persembahan sebeginilah, aku dapat merasakan yang 'roh/spirit' Frinjan kembali menyinar. Inilah dia sebab utama aku berFrinjan. Supaya aku dapat melihat dan merasa sendiri kreativiti golongan muda di dalam suasana yang kondusif dan terbuka.

Sebaik sahaja persembahan 'Buka Mata' selesai, aku pun balik. Dalam perjalanan balik aku terfikir yang alangkah baiknya kalau venue Frinjan tak di tukar pada saat-saat akhir. Aku bukan tak suka venue Laman Budaya tu tapi aku rasa Pekan Frinjan patut diadakan di Dataran Shah Alam yang lebih terbuka supaya lebih banyak exposure dan boleh menarik minat mereka yang 'terjumpa' event ini secara tak sengaja. 'Roh/spirit' Frinjan patut di dedahkan seluas-luasnya pada komuniti sekeliling dan untuk mencapai matlamat itu, venue di Dataran Shah Alam jauh lebih sesuai. Aku harap yang SNAFU yang berlaku minggu lepas tak akan berulang kerana event ini patut (dan berhak) di adakan di Dataran Shah Alam. Baru betul Pekan Frinjan!

Friday, April 30, 2010

Commando Kiosk : A Continuation

Hari tu, aku ada rekomen satu kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad di Taman Dagang. Malam semalam, aku pergi sekali lagi. Seperti biasa, misi aku solo sebab crew-crew aku yang lain tak dapat/tak mahu dihubungi. Hampeh!

Anyway, aku tulis dulu yang aku terlupa amik gambar makanan hebat di Commando Kiosk. Kali ni, sebelum aku makan, aku sempat amik beberapa foto yang mungkin akan melemahkan semangat mereka-mereka yang 'berdiet kunon'!

Mula-mula, yang ni sampai...




Lepas tu yang ni pulak sampai. Seperti komen brader GombakRock, saiz serving ini sesuai untuk 2 orang normal atau 1 orang yang amat lapar, seperti aku.



Akhirnya, ni last sekali...



Yummy...

P/S - Oh ya, sebelum aku terlupa, brader yang jaga kedai ni kata 'last call at the kitchen' ialah 10pm. Kedai mula di buka untuk lunch, setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum KL. Enjoys...

Perkara-Perkara Yang Meng-Glee-Kan Hati

Kepada peminat-peminat siri popular 'Glee' (yang 'open' dan yang 'closet'), kalau ko ada masa, join la aktiviti 'underground' paling latest ini. Kalau tak dapat pergi pun, kurang-kurangnye ko dapat belajar dance move dia. Hehehe...


Glee, Glee, Glee, Glee, Glee...
Peminat-peminat Glee yang 'open'



Peminat Glee 'closet' yang looooooseeeeerrrrr...
Aku 'heart' Sue!


Tapi, masa nak buat hand signal Glee tu buat betul-betul ya. Jangan lak ko buat yang macam ni pulak. Bahaya...


#jangantembak aku! Aku belum kawen lagi!

Wednesday, April 28, 2010

Geng! Sabtu Ni Ada Gig!

Sabtu ni, edisi ke 11 Pekan Frinjan akan di adakan di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam. Jom pegi! Start dari 5pm until late. Hehehe...

Seperti yang aku telah tulis dulu, setiap bulan, Pekan Frinjan akan muncul dengan berbagaimacam aktiviti yang menyeronokgembirakan. Tema Pekan Frinjan kali ini ialah 'Kolar Biru', sempena Hari Buruh. Jadi, sebagai memenuhi tema Pekan Frinjan kali ini, aku nak datang pakai uniform 7Eleven lama aku. Name tag pada baju aku akan tulis 'Johnny'. Kalau terjumpa, tegur la okay.

:p


Happy Labour Day!

Friday, April 23, 2010

Entahlah... Kat Kino Ada Kot...

Beberapa bulan lepas, aku dan brader GombakRock, seorang peminat setia blog ini, pernah menulis mengenai buku 'subversif' "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" yang di 'tahan' tapi tak di 'ban'.

Pada masa tu, aku ada meminta tolong seorang member aku yang belajar di luar negara untuk membawa masuk buku tersebut ke sini. Bagaimana brader GombakRock dapat membawa masuk copy dia, tu ko kena tanya dia lah. Lagipun, tu memang line dia. Dia jual buku non-mainstream.

Anyway, semalam, satu berita yang agak 'gempar' telah di uar-uar(?) kan. Buku tu dah di 'approve' oleh pihak berkuasa untuk di jual di 1Malaysia. Jadi, seolah-olah usaha kami berdua untuk membawa masuk buku tu ke sini nampak macam sia-sia saja.

Tapi aku rasa tak. Aku anggap yang usaha aku untuk membawa masuk buku tu pada ketika itu amat berbaloi. Aku anggap yang aku, brader GombakRock dan berpuluh-puluh orang lain yang telah sanggup 'berjalan di hujung tebing' semata-mata untuk mambawa masuk dan membaca buku tersebut pada ketika keadaan yang tidak menentu itu, terdiri dari golongan elit marhaen, kumpulan 'vanguard' yang 'avant garde'. Golongan cool.

Secara kolektif, kami semua telah menunjukkan 'jari tengah' kami kepada satu polisi kuno yang arkaik dan bebal. Polisi yang menganggap pengharaman buku adalah satu polisi yang 'baik' dan 'perlu', demi 'menjaga' keselamatan awam.

Kepada semua yang telah membeli, menyeludup masuk, membantu menyebarkan secara 'underground', menyalin semula, dan paling penting sekali, membaca buku tersebut semasa era 'pre-approval', aku salut kamu semua! Tahniah! Keberanian, kebijaksanaan dan kesungguhan kalian patut menjadi contoh dan teladan. Kamu semua telah berani menunjukkan yang 'book banning', di dalam apa jenis bentuk sekali pun, tidak lagi relevan di dalam era kini.

Ya Hya Chouhada!

Filim Yang Aku GERENTI Tak Akan Di Tayangkan Di Sini

The Taqwacores
(2010)


The Taqwacores ialah sebuah filim yang di adaptasi dari novel sulung Michael Muhammad Knight (dengan judul yang sama), yang aku teramat YAKIN tak akan di bawa masuk ke sini.

Kenapa?

Aku rasa, aku cuma perlu describe sahaja karakter-karakter utama dan ko sure faham kenapa filim ini TAK akan di tayang kan di mana-mana pawagan 'near you'.


Dari kiri :

a) Fasiq Abasa (Ian Tran), seorang skater Sunni dari Indonesia
b) Umar (Nav Mann), seorang straightedger Sunni, bangga yang dia ada tattoo bertulis "2:219" di lehernya
c) Amazing Ayyub (Volkar Eryaman), seorang skinhead Shi'ah, yang juga bangga dengan tattoo di dadanya yang bertulis 'Karbala'
d) Yusef Ali (Bobby Naderi), seorang pelajar kolej yang... normal
e) Jehangir Tabari (Dominic Rains), pengikut tegar movemen '77 (imej klasik 'punk', rambut 'Mohawk', seluar plaid ketat, spikes etc) dan Sufism, berasal dari Khalifornia (Khalifah + California)
f) Rabeya (Noureen Dewulf), seorang 'riot grrrl', terkenal kerana burqa nya yang ditampal patch band-band punk terkenal, juga seorang 'feminist'
g) Muzzamil (Tony Yalda), pengikut movemen 80an yang gay.


Mau detail lebih?

Cari sendiri.

Hehehehe...

Thursday, April 22, 2010

Selamat Hari Bumi!

Sebagai tanda sokongan aku untuk sambutan 'Hari Bumi' edisi 2010, aku akan


a) memeluk sekurang-kurangnya 5 batang pokok (Aku heart Pokoks!)

b) hanya membeli nasi lemak yang di bungkus dengan kombinasi daun pisang + surat khabar kerana ianya biodegradable

c) tidak me'revving' enjin motor/pick-up aku secara berlebihan

d) mengurangkan masa online aku dari (purata/hari) 5 jam ke 4 jam 45 minit

d) mengurangkan penggunaan elektrik dengan menutup TV semasa siaran Berita Nasional


Happy Earth Day!
*logo Google sempena Earth Day 2010

Wednesday, April 21, 2010

Aku, Sebuah(?) Gelang Magnetik dan Sebotol Jus Manggis Non-Alkoholik Yang Mahal

AMARAN!

Jauhkan gelas, cawan, mangkuk atau apa-apa jenis reseptikel
yang mengandungi apa-apa jenis cecair dari papan kekunci,
monitor, kotak CPU dan autlet elektrikal sebelum anda membaca post ini.




Sekiranya ko ada akaun Facebook, sila log-in.

Dah?

Ok. Sekarang, ko klik link ni http://bit.ly/dalrCv

(Kalau takde akaun FB pun takpe, cuma impaknya agak kureng sedikit)




Aku dedicate post ini untuk semua abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik emelems yang tak jemu-jemu mengesemes, calling-calling dan mengemel-emel aku.

Teori 'Pick-Up' Halimunan : Atau Berita Semi-Gembira Untuk Pemilik/Pemandu Kenderaan Separa Komersil

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku telah di benarkan untuk membawa pulang lori pick-up ofis. Pada mulanya, sekali seminggu. Kemudian, setelah tahap kepercayaan boss aku (yang amat baik, sempoi dan cool!) semakin meningkat, semakin kerap aku di benarkan untuk membawa balik lori ofis ni.

Aku rasa, aku di beri kepercayaan ini sebab aku ni seorang pekerja/employee contoh. Aku datang awal, aku balik lambat, aku suka volunteer buat kerja-kerja yang bukan di dalam job scope aku, aku jarang claim OT, aku tak guna komputer/bandwidth ofis untuk surfing, aku suka belanja kakak-kakak admin makan, aku sentiasa berkelakuan positif supaya produktiviti dan morale company staff dapat ditingkatkan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti hidung coklat yang lain.


;p



Sebenarnya, area ofis aku ni agak panas. Boss aku risau nak tinggalkan lori company kat tepi jalan semalaman. Kot-kot ada malaon yang minat kat radio, tool box, rim, tayar dll, etc, et al. So, last-last, nak taknak, setiap hari pukul 5pm, kunci lori pick-up ofis ada di tangan aku.


"Johnny. From now on, awak bawak balik rumah pick-up ofis."

"Ok, boss."

"Minyak awak boleh claim dengan Puan H every Monday, and don't forget..."

"Simpan resit bila beli minyak."

"Right."


Kadang-kadang, aku heart my stupid job! Hehehehe...


Anyway, setelah beberapa bulan aku di beri privilege ini, aku telah perasan satu perkara (penting?) yang aku anggap aneh/pelik.

Kalau aku terpaksa melalui road block polis semasa aku memandu lori 'aku', mereka seolah-olah tidak ambil pot. Seolah-olah aku ni halimunan/invisible. Mereka akan hanya menyuluh lampu mereka ke sticker roadtax saja. Bila mereka nampak yang roadtax masih hidup, mereka terus suruh aku jalan. Mereka tak pernah nak suluh-suluh ke bahagian interior, tak pernah nak tanya aku nak ke mana, tak pernah sibuk nak tengok lesen/IC aku. Tapi masa aku bawak motor aku, selalunya aku akan di suruh ke tepi, di suruh matikan enjin, di minta lesen, IC dan roadtax. Kalau dressing/nasib tak baik, akan berjela-jela aku di soal, habis di periksa bagai. Lori pick-up ni halimunan/invisible ke?

Heran aku. Dan ini bukan berlaku sekali dua je. Dah berkali-kali. Jumpa road block, slow down, suluh/tengok roadtax, jalan. Sekali pun tak pernah lebih dari tu. Tak pernah.

So, sejak aku dah tengok sendiri perangai/attitude polis terhadap pemandu lori pick-up, aku telah mengambil kesimpulan/keputusan yang sebaik saja aku mampu, aku tak akan beli kereta. Aku nak pakai lori pick-up. Rugged, tahan lasak, ekonomikal (diesel murah), boleh tempuh banjir kilat dengan konfiden, ruang kargo yang teramatlah luas, tinggi dan sekiranya perlu, semasa jalan jam, senang membuli kancil-kancil dan kenari-kenari. Hehehehe...

Tuesday, April 20, 2010

Ermmm... Takde Orang Check Ke Nama Dia?

Sebuah kereta perisai yang agak menggerunkan


Sekali-sekala, aku akan terjumpa benda-benda yang fantastikal di dunia maya internet yang sungguh menakjubkan. Perkara-perkara yang seolah-olah di reka untuk dunia fiksyen tetapi sebenarnya adalah berita dari alam realiti yang nyata.

Kali ini, berita dari blog alam pemotoran yang popular 'Paultan.org' tentang sebuah kereta perisai yang akan di usahakan pembuatan nya oleh sebuah konglomerat Malaysia telah menarik perhatian aku.

Kenapa?

Kerana nama yang di beri untuk model kereta perisai ini, ermmm... 'luarbiasa'.

Apa nama yang di berikan untuk kereta perisai ini?



Rosomak 8X8 Armoured Modular Vehicle.



Rosomak?

Macam pernah dengar je...

Kat mana ek?





Cerita penuh mengenai spesifikasi, kapabiliti, komen-komen dll, etc, et al semuanya ada di sini.

Saturday, April 17, 2010

Falsafah Menu Terhad : Atau Asam Pedas Melaka Di Commando Kiosk

Malam tadi, aku ke Taman Dagang. Buat apa? Aku ke sana sebab aku nak recon/recce satu kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad.

Sebenarnya ni kali ke dua aku ke kedai makan ini. Kali pertama, aku di bawa oleh seorang member yang bekerja sebagai seorang drebar. Mengapa aku sebut yang member aku ni drebar? Kalau ko nak tau, golongan ini selalunya amat mahir di dalam perihal lokasi kedai-kedai makan yang menyediakan masakan yang amat syok. Pada ketika itu, aku cuma sempat minum sahaja kerana aku baru je lepas makan. Lari timing a.k.a. takde rezeki. Aku cuma tengok/teman member aku makan saja. Frust gila aku masa tu.

Kenapa? Sebab member aku kata, kedai makan ini menyediakan asam pedas stail Melaka yang PALING syok pernah dia rasa.

Pada mulanya, aku agak was-was.

"Biar betul..."

"Betul geng. Asam pedas kat sini gila syok. Kadang-kadang, aku sanggup datang sini sorang-sorang."

Wuish! Serius ni. Member aku ni duduk di Cheras. Kalau dia sanggup nak ke Taman Dagang semata-mata nak makan...

Aku pun bertekad pada masa tu untuk pergi balik ke sana bila aku free. Akhirnya, peluang tersebut muncul malam tadi. Dengan menggunakan aplikasi GPS di fon canggih-manggih aku (aku sempat save lokasi kedai ni masa aku melepak dengan member aku tu), aku pun bertolak ke sana untuk dinner.

Bila aku sampai, aku terus order set asam pedas pari, bersama telur dadar extra. Di dalam set itu ada kacang panjang goreng, telur masin (setengah biji) dan juga ulam + sambal belacan + papadom.


Fuuuuuuuhhhhhh...

MEMANG SYOK!

Seirus, aku tak tipu, aku tak main-main!


Punya lah syok, aku terlupa nak amik gambar makanan yang aku order. Punya lah syok, aku langsung tak peduli yang di meja sebelah aku ada sekumpulan 3 orang awek cun yang aku ada perasan sedang menjeling-jeling manja kat aku sebelum order aku sampai. Punya lah syok, selepas nasi aku habis, selepas ikan tinggal tulang, selepas telur dadar habis licin diratah, aku terus menghirup kuah asam pedas yang masih tinggal di dalam kuali mini yang di gunakan untuk menghidangnya. Punya lah syok, aku siap order satu lagi portion (kali ni, asam pedas daging tetel) untuk aku tapau bawak balik ke rumah.


Apakah dia nama kedai yang hebat ini?

Commando Kiosk.

Di mana lokasi kedai hebat ini?

Di Taman Dagang, betul-betul di sebelah Surau Dagang Avenue, Taman Dagang Fasa 4. Landmark paling besar yang berdekatan ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Banyak parking di kawasan sekeliling. Trafik di jalan pun tidak begitu sibuk. Very family-friendly.

Mengapa ko patut try?

Sebab kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad selalunya akan menghasilkan masakan yang SYOK! Di dalam kes ini, Commando Kiosk hanya menyediakan Asam Pedas Stail Melaka SAHAJA. Kalau ko nak makan kari kambing, masak lemak cili api, satay ayam, ko boleh pegi kedai lain. Kat sini takde.


Next time, aku janji aku akan amik gambar makanan aku. Sori ye...

Satu Post Pendek Yang Semua Orang Patut Baca

Sila baca post ini.

Dah baca dah?

Ok...

Sekarang, pergi link/paut post tersebut di blog-blog korang. Bagi yang bukan pemblog, bookmark post tersebut dan tunjuk famili, kawan, girlfriend, boyfriend, boss dan orang-orang yang penting di dalam hidup kamu.

Dah buat dah?

Bagus.

Friday, April 16, 2010

Apawhat? : Atau Satu Komentar Semi-Penting Mengenai Trend Pemalgerisan Bahasa Melayu

Sejak kebelakangan ini, aku telah mengobserbi satu fenomena urben yang menarik dan eksaiting. Fenomena 'Malgeris', iaitu usej sentens-sentens Inglish yang dialiheja secara direk ke Bahasa Melayu ini telah mula menggamit minda dan imaginasi yuth Malaysia, terutama sekali deyoll yang berasal dari grup midel kelas yang urben.

Aktuali, aku tidak hairan yang grup ini merupakan fan dan juga vengard fenomena ini. Bekgraun edukasyen deyoll yang tinggi, dikapel dengan usej Inglish yang meluasbesar sesama deyoll adalah, pada opinien aku, faktor importen yang mengkausakan fenomena ini begitu popular di kalangan deyoll.

Satu lagi faktor yang mungkin mengkausakan penyebarluasan secara eksplosif dan eksponencel fenomena 'Malgeris' ini adalah influens kalcer pop, terutama sekali kalcer pop andergraun. Ada yang mengatakan yang senario kalcer pop andergraun kini sedang melalui phasa peralihan, di mana para eksponen sekolahtua kini sedang (terpaksa?) memberi ruang kepada grup baru yang penuh dengan idealisme dan cara pemikiran yang baru. Grup sekolahbaru ini dikatakan lebih berani dan terbukaminda sifatnya. (Ini hanyalah spekulasi aku tetapi dari eksperiens obserbasi aku sendiri, ada posibiliti yang teori ini mungkin ada meritnya.)

Mungkin dari situlah, sikap ireveren grup sekolahmuda mengenai regulasi rijidtegar di dalam usej Bahasa Melayu Tradisional muncul. Deyoll mungkin merasakan yang regulasi rijidtegar yang digunapakai oleh pengamal Bahasa Melayu Tradisional seolah-olah mengekang kebebasan mereka untuk bersuara dengan lebih ekspresif dan kreatif. Deyoll mungkin merasakan yang kreativiti deyoll memerlukan autlet dan chanel yang deyoll rasakan tidak dapat difulfili dengan munggunakan Bahasa Melayu Tradisional.

Wateverapapun, fenomena ini dilihat semakin berkembangbiak. Di antara proponen-proponen aktif fenomena ini adalah grup pembloger amatur di dunia mayainternet. Tanpa deyoll, fenomena 'Malgeris' tidak posibel dapat berkembangbiak sehingga ke tahaplevel kini. Deyoll lah yang pertamamula mempelopori trend ejaan 'fonetifikasi'.

Apawhat dia 'fonetifikasi' ini? Pada dasarbasiknya, fonetifikasi ialah pemodifikasian ejaan BMT tetapi pada masa yang sama, masih mengamalkan sistem dan regulasi rijidtegar BMT. Contoh nya:-


Saya suka awak. Awak cantik. - BMT

Sayer suker awak. Awak chantek. - BMT yang telah di fonetifikasikan.


Ingin juga aku tokoktambah di sini yang terdapat juga variasi atau subgrup fonetifikasi di mana huruf kapital dan kecil dicampuraduk. Contoh nya:-


Saya suka awak. Awak cantik. - BMT

SaYer suKEr aWAk. AwAk ChanTEk. - BMT yang telah di fonetifikasi variasi campuraduk


Sudah jelas di sini yang bibit-bibit awal fenomena 'Malgeris' sudah muncul. 'Malgeris' kini bererevolusi ke tahaplevel yang seterusnya dengan introduksi sentens-sentens Inglish yang lazimbiasa. Sentens-sentens seperti kewl (cool), uolls (y'all), deyolls (they'all), loikes (likes), U (you), da(the), frinj (fringe), mula muncul.

Indemintaim, trend ini dikembangbiak lagi dengan meningkatnya populariti sistem pesanan ringkas atau SMS pada telefon mudahalih. Di media inilah, trend fonetifikasi BMT berevolusi ke tahap yang lebih kreatif. Ini adalah kerana limitasi pada sistem SMS itu sendiri yang mempunyai had maksima usej karakter yang pada lazimbiasanya hanya 120 karakter. Oleh itu, untuk penjimatkan koskredit, user-user sistem SMS ini perlu ekonomikal dengan usej sentens deyoll. Sentens-sentens penuh yang menggunakan regulasi rijidtegar BMT tidak lagi digunapakai. Ianya (di dalam kes ini) ditukarganti dengan variasi fonetifikasi khas untuk penggunaan SMS. Contohnya:-


Tak - X
Kenapa - Y
Aku sayang kau - ILY
Aku ada hal dan aku mahu hentikan sesi sms kita - GTG


Oleh kerana usej telefon mudahalih ini begitu pervasif, adalah inevetabel yang terma-terma pendek ini digunapakai di dalam deili raiting dan spiking harian grup ini.

Di dalam perkembangbiakkan 'Malgeris', rol yang dimainkan oleh movemen semi-penting sastera strit juga tidak boleh diignor. Obviusli, movemen ini lahir dari saberb-saberb midel kelas. Saberb-saberb seperti PJ, TTDI (asal dan bukan yang jaya), Subang (jaya dan bukan yang ulu) dan untuk sedikit stritkred, Gombak, Hulu Kellang (wazzap, wazzap!) dan Ampang (bahagian yang kurang dodji). Terdiri daripada crew-crew kecil yang mempablish zine-zine DIY, raiter-raiter sajakemo yang solo, aweks pemblog yang suka merantrave, abangs pemblog yang suka mengkomplenhentam dan bermacamragam lagi karakter-karakter (real dan maya); grup ini telah memainkan rol yang besarluas di dalam mengekspen dan mempopularisasikan 'Malgeris' di kalangan khalayakramai.

Sebagai seorang obserber, aku dapat melihatcerap yang fenomena 'Malgeris' ini notonli akan berkembangluas, malah aku rasa yang ianya akan menjadi sebahagian dari BMT, satu hari nanti. Disisbekos bahasa, walau apa sekali jenis pun, adalah satu entiti yang abstrak yang tidak tegarjitu. Ianya senantiasa berevolusi dan di di dalam proses evolusi ini, adalah inevitabel yang regulasi dan cara usejnya akan berubah mengikut pasej masa. Satu ketika dulu, 'chawan', 'chantek', 'Inche', 'bolih' merupakan ejaan normal yang digunapakai oleh khalayakramai. Kini, ianya sudah tidak dieja begitu tetapi adakah natur dan sifat BMT itu sudah berubah? Aku rasa tidak. Aku beropinien yang bahasa yang terlalu rijidtegar, yang stif cara usejnya akan hanya tinggal di dalam buku-buku yang tak dibaca. Yang akan menentukan sama ada sesuatu bahasa, slanga, terma, sentens akan digunapakai secara melebarluas adalah kita, para user bahasa tersebut.

Inmaiopinien, fenomena pemalgerisan ini akan berterusan. Pada awalnya mungkin ianya hanya digunapakai oleh segelintir kecil sosayeti yang frinj, tetapi kini, dengan pervasifnya availabiliti koneksi internet, sistem komunikasi mudahalih yang murahmudah dan konsep keterbukaanminda yang semakin melebarluas, pengevolusian BMT ke arah pemalgerisan adalah inevitabel.

Macam Novel Kerouac, Tak Pun Macam Diari Che

Aku baru terjumpa blog ini malam tadi. Brader ni nak pegi ke United Kingdom naik motor.

Ya...

Naik motor.

Perrggghhhhh...



Detail lanjut ada di blog beliau yang aku dah sediakan link di sidebar.


Peeerrrrgggghhhh...

Thursday, April 15, 2010

Aku, Sebuah Kolam Yang Dalam Dan Mengapa Aku Mungkin Terjun Ke Dalam Kolam Itu Pada Hari Ahad Yang Akan Datang

Decisions, decisions...

Ahad ni adalah satu-satunya hari aku free untuk minggu ni. Betul-betul free. Aku tak ada plan, tak ada kerja, tak ada nyamuk-nyamuk tanggungjawab yang perlu aku halau dengan setin aerosol berisi racun serangga. (Huh? Nevermind...)

Kemudian, petang tadi, seorang member aku yang agak connected dengan dunia musik bawah tanah telah mengesemes aku.


[Ahad ni ada gig. Spesel]

[Siapa main?]

[Deepset]

[Aduuuiii...]

[Bukak email ko. Aku dah hantar detail.]

[Aduuuuiiii...]


Ya... Aduiiii...

Bila aku bukak email, rupanya ianya satu link. Ada event yang agak artistic-ish, yang selalunya/dulunya aku akan abaikan. Tapi semenjak 'Kata Luhur', mata aku dah mula terbukak.

Nak pergi taknak?


I think its... pretty...

Tuesday, April 13, 2010

Oh Pocot Mak Kau #6 : Atau Benda-Benda Pelik Yang Aku Jumpa Setelah Aku Meng'Google' Diri Aku Sendiri

Malam tadi, ketika aku sibuk kebosanan dan tak tahu apa nak buat, aku telah meng'Google' diri aku sendiri.

Ya, aku tau.

Patetik...


Anyway, setelah tetikus di klik, muncul lah segala macam hasil carian Google di skrin laptop aku. Di antara hasil carian yang awal, dah tentu blog ini. Itu aku pasti. Kemudian, di muka ke dua, aku terjumpa satu applikasi yang menarik. Nama applikasi tu WebMii, dengan taglinenya (yang hip dan happening), 'All the web about me'.

Tanpa segan silu, aku tulis nom de guerre aku yang 'teramat' popular.

"Ranking aku SURE tinggi punya lah!"

Tetikus aku pun di klik...


Can you say, "Maaaaaakkkk aaaaaaaiiiiii!!! Rondah nyo skor ekau!"


Berdentum jatuh ego aku ke lantai, sambil bergolek-golek ke arah wastepaper bin.

Biasa la tu. Cerita hidup aku.


Ohh... Satu lagi.

Seolah-olah tak cukup hati/ego aku terseksa/diseksa akibat ranking aku yang rendah, entah macam mana, muncul lak gambar sorang mamat dari 'kanchong darat, de gempax' di 'BURNTHINK, SEL' di bawah heading 'Friendster Profile'.

Itu BUKAN aku, okay! I'm SERIOUS!


Dah puas ketawa? Boleh aku sambung?


First of all, Friendster tu gila 90an! Tak ada orang pakai dah. Akaun-akaun Friendster penduduk Malaysia semuanya dah tak aktif. Dah lapse.

Kedua, aku tak pernah tergolong di dalam kumpulan manusia yang suker tUlis perkAtaAN-PerKatAan Bee eMM macHam nie, occaYYyy. Kewl kuNon! Uweeeeks... :p Kalaw yu'olls taK peWcayer, yu'olls boLeh bLahhs!


Setelah aku kutip balik ego aku dari tepi wastepaper bin, aku kembali tengok balik hasil carian WebMii aku. The Rempit Chronicles, Goodreads review, Facebook profile, MukaBuku...

Harakah Daily? Bila masa pulak aku tulis benda untuk Harakah Daily?

Aku pun klik link tu...


Eh... Ada sesuatu yang familiar la di perenggan 6.


Maaaak oooooiiii! NAMA aku tu!
Woooooohoooooo!


Nom de guerre aku dapat masuk paper!

Ohhhh... Ko tak tau betapa SERONOK nya aku masa aku jumpa ni. Hahahahaha... Wooooooohooooooo!

Lepas aku baca ni, baru aku teringat balik yang di satu pagi di bulan Februari yang lepas, aku ada menyelinap masuk ke FaceBook semasa aku di ofis. Boss aku belum masuk lagi pada ketika itu. Peluang berFaceBook di ofis yang boss-free jarang sekali dapat aku rasa.

Nak di jadikan cerita, masa tu aku cuma berniat nak join fanclub Zunar. Itu je. So, aku pun taip la 'Zunar' di kotak search. Antara search result yang muncul ialah fan club Zunar DAN juga 'Kami Anti Kartunis Zunar', yang mungkin pada ketika itu sedang nak di set-up. Ini spekulasi aku, sebab pada ketika itu, aku hanya nampak yang grup anti-Zunar tu cuma ada 6 orang ahli saja.

Jadi, akulah manusia paling awal yang ter'discover' kewujudan grup yang di ceritakan di dalam artikel di atas tu. Ini peluang best! Boleh jadi hero ni. Hehehe... Aku terus join fanclub Zunar dan aku terus tulis di wall mereka yang aku ada jumpa grup anti-Zunar ni.


I am DA bomb!


Beberapa minit kemudian, entri ini pula muncul di wall fanclub Zunar...


Awwww, shucks... It was nothin', really...


Kebosanan aku hilang. Perasaan frust aku lenyap. Aku dapat tidur nyenyak malam tadi.


Hehehehe...

Monday, April 12, 2010

Oh Pocot Mak Kau #5 : Atau Scene Yang Pernah Berlaku, Satu Ketika Dulu

Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga aku ucapkan kepada @NipofRayat kerana telah menghailait blog ini kepada semua. Tak rugi aku follow kau, bro!

Mula-mula, aku baca post ini. (R-E-S-P-E-C-T!)

Kemudian aku baca post yang ini lak. (Aku heart Langit dan Bumi!)

Lepas tu aku baca yang ni. (Aku ada lagi kaset korang, wahai Carburetor Dung)

Last sekali, aku baca post ini. (Akhirnya aku tau nama betul Point Blanc!)




Ermm...

Ko baca je lah semua yang ada. Kat sidebar pun aku dah add link dia.




Can you say, "Cayalah, geng!"

I knew you could.


Sunday, April 11, 2010

Kata Luhur : Atau Satu Post Yang Panjang Sedikit

Di post pendek aku pada hari Jumaat lepas, aku cakap yang aku nak tulis satu post yang lebih panjang pada malam tu. Tapi aku tak dapat nak tulis sebab aku sibuk baca buku katalog/companion untuk pameran tersebut sepanjang weekend ni.


Aku ingat nak frame poster (yang free) ni.


Di samping gambar-gambar terperinci setiap karya yang dipamerkan, aku rasa yang lebih menarik lagi ialah esei-esei mengenai penglibatan Pak Samad di dalam cabang seni visual/lukisan. Menarik! Mencabar juga nak membacanya sebab bidang seni visual (di dalam kes ini, ekspresionisme abstrak) adalah satu topik yang betul-betul di luar lingkungan pengalaman aku. Aku tak tahu apa-apa langsung mengenai cabang seni ini. Semasa aku di sana, aku terasa betul yang aku ni outsider, yang tak tahu apa-apa. Nasib baik tak ada sesiapa yang tanya aku soalan-soalan mengenai art malam tu. Sure cover aku terbongkar! Hehehe...


"Apa pendapat kau tentang lukisan ni?"

"Errmmm... Lawa kot..."


"Aku rasa brush-stroke Pak Samad di dalam lukisan ini agak kasar. Seolah-olah dia tengah marah pada ketika itu. What do you think?"


"I think its... pretty..."

"Kenapa dia guna warna merah dengan hitam sahaja? Aku rasa ada statement of intent di sebalik penggunaan kedua-dua warna tersebut. Don't you think so?"

"I guess..."


Tapi, perlahan-lahan, aku mula bina pengetahuan aku tentang cabang seni yang begitu alien/asing ini. Tak banyak, masih level newbie lagi, masih senang di tipu. Tapi takpe... Merangkak dulu sebelum berlari, betul? Anyway, lukisan faveret aku di pameran tersebut ada di bawah. Tajuk dia 'Jalan Retak 04'. Tolong jangan tanya aku kenapa aku suka yang ini, ya. Aku sendiri pun tak tahu nak explain.


Jalan Retak 04


Di galeri pameran juga terdapat beberapa ruang yang dipenuhi dengan tulisan Pak Samad sendiri dan juga beberapa perenggan dari esei-esei yang ada di dalam buku 'Kata Luhur'.


Amacam? Artistic-ish, yes? Komposisi aku ok ke? Pencahayaan? Hehehe...



Quote dari esei Rahmat Haron


Akhir sekali, setelah semua pengunjung berpeluang melihat dan mengapresiasi(huh?) hasil lukisan Pak Samad, para pengunjung telah di hiburkan dengan beberapa kumpulan dan juga individu seni muzik tanahair yang frinj. Antaranya kumpulan Dewangga Sakti, Taheera Rosheena, Meor Yusuf Aziddin dan Rahmat Haron. Pak Samad juga turut serta membaca puisinya sambil di iringi kumpulan Space Gambus Experiment.


Can you say, "Woooooo...."


"Woooooo...."



Pak Samad dan Space Gambus Experiment


Rahmat Haron dan Rakan-Rakan feat Dua Bidadari Kota

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan, Selamat Hari Jadi, Pak Samad! Moga di panjangkan umur dan di murahkan lagi rezeki.

Happy Birthday!